Sunday, August 19, 2012


Ini adalah contoh penjaga keselamatan di One Utama yang amat cekap dan terlatih yang pernah anda lihat. Memang agak sukar untuk mengawal keadaan di pusat membeli belah paling terbesar yang terletak di Damansara. Untuk memberkas aktiviti penjenyah atau kecurian, kesemua pak guard ni sudah dilatih menggunakan anjing jenis pengesan yang paling berbahaya.

Baru-baru ini beberapa orang pengawal keselamatan pusat membeli-belah terkenal di ibu negara, One Utama, berjaya menangkap empat penjenayah di premis mereka.

Kesemua penjenayah itu pada mulanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan. Setelah dihampiri, kesemua mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang dilaporkan dicuri di sebelah siangnya di kawasan Sungai Buloh.

Dalam usaha untuk memboloskan diri, penjenayah ini telah merempuh beberapa buah kereta yang lain di kawasan parkir kompleks membeli-belah tersebut. Namun tindakan pantas para pengawal ini berjaya memberkas kesemua penjenayah berkenaan - melvister


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.