Monday, August 13, 2012


Cuba kita baca kenyataan terkini yang dibuat oleh Zairil...

DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu. Sinar Harian

Dan ini pula kenyataan terkini yang dibuat oleh Karpal Sink mengenai Hudud... 

Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan ‘kuliah’ kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Berita Harian melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular.
Katanya, perisytiharan Malaysia negara sekular oleh barisan lima hakim yang diketuai Salleh itu memutuskan negara ini ditadbir undang-undang sekular.
“Ia jelas undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam diguna pakai di Malaysia. Kontroversi antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam sudah berlanjutan terlalu lama.
“Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan,” katanya, semalam.
Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.
“Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,” katanya
Nampak sangat PAS dan DAP cuba bermain wayang untuk menipu orang Islam...Kejap kata tak boleh kejap lagi kata nak bermuzakarah..Agaknya pemimpin-pemimpin PAS ni kulit mereka sama tebal dengan kulit babi kot??...Walaupun dimalukan secara terang-terangan oleh DAP..tetapi mereka masih terhegeh-hegeh nak menyondol DAP...kononnya mereka boleh mengubah pendirian DAP..tetapi pada hakikat yang sebenarnya...mereka yang berubah mengikut pendirian DAP... 

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.