HOT : Berita Baik Dari RapidKL bikin Anwar Bengang #Merdeka55


Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL  di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. 

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil  mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.


"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau. 














HOT : Berita Baik Dari RapidKL bikin Anwar Bengang #Merdeka55 HOT : Berita Baik Dari RapidKL bikin Anwar Bengang #Merdeka55 Reviewed by Empayar Pemuda on 4:18 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Blog ini sememangnya sarat dengan info2 dan isu2 semasa politik menerusi pandangan tajam seorang penulis.

    Harap dapat berkongsi idea dan pandangan tersebut.

    Mohon jasa baik pihak blogger menyenaraikan JOURNEYMAN sebagai salah seorang blog pilihan di blog ini.

    Terima Kasih.


    JOURNEYMAN
    Freedom.Independence.Choice

    http://journeyisman.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.