HOT : ANWAR SANGGUP BAYAR JUTAAN RINGGUT UNTUK DAPATKAN VIDEO INI...??


Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mendedahkan beliau telah didatangi ‘orang tengah’ yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.
Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.
Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.
“Saya mengesahkan ada ‘orang tengah’ datang memujuk saya. Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.
“Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar ‘orang tengah’ untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.
“Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan menggesa Anwar supaya berhenti menipu rakyat khususnya penduduk Sabah sempena Ramadan dan berharap bekas sahabat karibnya itu menggunakan kemuliaan Ramadan untuk menyuci segala dosa silam dengan bertaubat sebelum terlambat.
Menurutnya, walaupun Anwar mencanang lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan berpaling tadah kepada pakatan selepas Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, rakyat Malaysia masih tidak lupa bagaimana ketua pembangkang itu menipu mengenai tarikh 16 September.
“Dalam usia sekarang, Anwar sepatutnya memikirkan kepentingan negara berbanding cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana ketua pembangkang bukan tandingan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam isu moral, ideologi mahu pun tahap sokongan dalam kalangan rakyat,” katanya – Utusan
HOT : ANWAR SANGGUP BAYAR JUTAAN RINGGUT UNTUK DAPATKAN VIDEO INI...?? HOT : ANWAR SANGGUP BAYAR JUTAAN RINGGUT UNTUK DAPATKAN VIDEO INI...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:05 AM Rating: 5

10 comments:

  1. Anuar cuma bergaji RM1 macammana nak bayar jutaan ringgit kepada Nalla

    ReplyDelete
  2. yang 3 bil. tu ada, apa nak heran..
    Kini orang kafir pulak nasihatkan anwar untuk bertaubat dan buat baik, dulu Karpal suruh, kini nallakarupan pulak... dah terbalik kuang. Memang semua perkara berkenaan Anwar adalah bersifat terbalik kuang, luar tabii ha ha ha!!

    ReplyDelete
  3. bergaji RM1 macamana boleh pakai kereta yg berharga ratusan ribu ringgit,rumah mewah bernilai jutaan ringgit anih kan?

    ReplyDelete
  4. bergaji RM1, pendapatan peminta sedekah mungkin lebih banyak dari penasihat ekonomi selangor,tapi kereta,rumah mewah,sering keluar negara, dalam negara pula serata tempat buat lawatan dengan diringi pengikut yg semuanya menggunakan kereta mewah,duit dari mana tu?

    ReplyDelete
  5. Bengong.. andaian dan khayalan penulis emata2.. Buktinya tak satu pu tuduhan yang dikenakan kepada DSAI sahih dan disabitkan di mahkamah. macam2 la, agen asing laa, agen israel laa.. agen komunis la.. semua jenis agen dia pegang, terbaru agen Islam liberal.. tah apa pelik2 keluar.. kata ada duit simpanan 3 bilion smpai skrg takde bukti.. biasa laa.. puak2 desperade UMNO ni takde lain kerja nak menjatuhkan orang je.. padahal diri sendiri tak pernah cermin.. so, rakyat semua dah muak dengan mainan politik bacul bgini, PRU13 nnti siap sedia UMNO jd pembangkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua sokong lu der..
      Tak abeh ² nak burukan orang geng ² umno nie..
      Tepok dahi seko ² tau la..
      Bongak tak abeh ² ..
      Haha...

      Delete
  6. tak heran..sedangkan pembantu dia ada ferrari..apatah lagi dia..

    hang mimpi je la robertocarlos ooooi...kitorang lagi muak lagi meluat yang teramat sangat dengan pemimpin ko tuh...eh? ko pun gay ke?

    ReplyDelete
  7. dulu pun pkr / pas ni kutuk mahathir maha firaun, yahudi segala tak sedar? mmg dasar pengikut bontot.tak habis2 pkr salahkan orang..politik murahan. kalau menang pun pkr ni, sbb ramai rakyat malaysia yg dah jadi bodoh la..nak kata pe lagi

    ReplyDelete
  8. PKR - Parti Kencing Rakyat

    ZoRRo...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.