VIDEO PANAS : AHLI PARLIMEN KELUARKAN PISTOL SEMASA DEBAT...

Debat merupakan suatu kaedah untuk bertukar-tukar pandangan dan fikiran atau berbantahan mengenai sesuatu perkara..Bagi menggambarkan ketamadunan sesebuah negara, proses debat antara dua pemimpin sering diadakan..Namun, tak semua pemimpin itu pandai berdebat, silap sikit boleh hilang nyawa macam yang jadi kat Jordan ni..Nak tahu kenapa? 



Debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol. 

Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat. 

Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

"Anda Mossad," kata Mansour. 

Shawabka menjawab: "Kamu adalah penjahat" lalu melemparkan kasut kepadanya - suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab. 

Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.









VIDEO PANAS : AHLI PARLIMEN KELUARKAN PISTOL SEMASA DEBAT... VIDEO PANAS : AHLI PARLIMEN KELUARKAN PISTOL SEMASA DEBAT... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:03 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.