TERKINI: MAHASISWA MALAYSIA TERIMA DISKAUN BUKU





PUTRAJAYA – Lebih kurang 1.5 juta mahasiswa seluruh negara bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KDS1M merupakan satu inisiatif baru yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mahasiswa.

“Pemegang KDS1M akan menerima potongan lima hingga ke 60 peratus daripada harga sebenar dan inisiatif ini dilihat dapat mengurangkan beban mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam tempoh yang terdekat, Bank Rakyat akan memberikan keutamaan kepada mahasiswa tahun akhir bagi memastikan mereka menikmati kemudahan ini,” katanya. - sinar



** BN untuk anak muda, BN janji ditepati BR1M, SL1M, KR1M, KAR1SMA, MR1M, TR1M, CLA1M, SARA1M, KDS1M, TR1Ma,  Kedai Ikan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan banyak lagi..
TERKINI: MAHASISWA MALAYSIA TERIMA DISKAUN BUKU TERKINI: MAHASISWA MALAYSIA TERIMA DISKAUN BUKU Reviewed by Empayar Pemuda on 12:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.