Friday, July 20, 2012


Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas malam tadi dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily, hari ini.

Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.Sinar

2 comments:

Anonymous said...

Tidak mengapa...biarlah lah dia dah pilih jalannya sendiri...kalau itu yang buatkan dia bahagia, biarlah...untung2 ada ustaz2 pas yang akan mengambilnya untuk dijadikan isteri...bila jadi isteri pasti dia akan tinggal dirumah sepenuhnya menjaga dan melayani suami dan anak...tunggu dan lihat...masih jauh perjalanan ini...

Anonymous said...

Tahniah..jadi GRO PAS..lps ni Din Puduraya,Mat Sabu akan melanggan anda..ala abby,mcm x biasa...kaaaaannn?!.. Hehehhehe..dulu ko bela anak ikan,skrg jadi la habuan jerung2 PAS..ko pun gersang sejak kena tinggal dgn anak ikan ko,kan?!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.