Saturday, July 7, 2012

PANAS! UNCLE SEEKERS KANTOI!!



SENAI - Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.

Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. - sinar



** Patut la banyak sgt mamat ni merapu.. Hisap dadah rupanya... 

7 comments:

Anonymous said...

Rupa-rupanya sipencari hantu ni.....yang sebenarnya hantu......hantu dadah....ha..ha..ha

Anonymous said...

eeeeemm...mat gian ropanya...ampehhhh

Anonymous said...

Keje ko fitnah jer hantuseeker..rupanyer ko la hantu dadah..

Anonymous said...

Uncle seekers nih tangkap hantu ka.. aweks dia pun dia tangkap.. last skali.. Polis tangkap dia.. mcmana tu.. Pening2..
mmg bodoh la.. Uncle sekor nih.. dah xglamour pasal crita hantu.. nak crita pasal Raja Johor..

zoRRo...

Anonymous said...

hahahahaha....muke pun mcm hantu..bodoh pulak tuh

Anonymous said...

Incle Lalok, awek muda ayat power nih, minah ni tmakan ayat la. nak cabar mat gian ni tidor kat dusn aku kalu berani

Anonymous said...

Hantu yg dia nampak tu sbb dia baru lps tarik dadah..tu yg dok nampak yg bukan2..hahahaha

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.