PANAS!! SKANDAL MELIBATKAN WANG RAKYAT BERPROFIL TINGGI




Kerajaan negeri Selangor didakwa membeli tanah kepunyaan Talam Corporation yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya pada harga RM181 juta iaitu RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA pusat Datuk Chua Tee Yong dalam sidang media di ibupejabat MCA,Jalan Ampang Kuala Lumpur hari ini.

Sedangkan menurutnya laporan penilaian bertarikh 11 Oktober 2010 oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd telah meletakan harga tanah pegangan pajakan berkenaan pada harga pasaran sebanyak RM 139 juta atau RM60,000 seekar dengan syarat tanah itu bebas dari sebarang bebanan.

Dalam sidang media itu Chua juga menegaskan beliau tidak gentar dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu menyaman mereka di atas pendedahannya sebelum ini.

Katanya kerajaan Selangor boleh terus buat apa yang mereka hendak buat dan beliau akan teruskan buat apa yang patut buat. - AIDCNews





** Lagi lama PR memerintah Selangor.. Lagi banyak duit rakyat kena songlap.. Ini semua atas khidmat Punasihat Ekonomi Negeri Selangor yg bergaji rm1 tu ke? EP harap SPRM dapat siasat kes ni dengan segera..

PANAS!! SKANDAL MELIBATKAN WANG RAKYAT BERPROFIL TINGGI PANAS!! SKANDAL MELIBATKAN WANG RAKYAT BERPROFIL TINGGI Reviewed by Empayar Pemuda on 12:35 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Salam EP

    Artikel menarik..

    Blog hebat tuan sudah dipautkan di blog kami.
    Mohon jasa baik dari pihak tuan agar dpt memautkan blog kami di sini juga.

    Sekain, terima kasih

    admin@JD
    jeringdaily.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.