PANAS : NIK AZIZ DIMALUKAN HJ KARPAL SEKALI LAGI...??



Kesian ahli-ahli PAS...kerana kerakusan pemimpin-pemimpin PAS yang ingin menawan Putrajaya, tak pasal-pasal mereka terpaksa akur dan tunduk pada kehendak DAP...Satu ketika dulu, prejuangan PAS berlandaskan Islam, Al-Quran & Sunnah...tetapi kini PAS berimankan Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Haram...Ini semua hasil tarbiah PAS pada DAP...tak gitu??


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.     
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.    
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam. 
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.     
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.     
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. 
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. 
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan. 
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama
PANAS : NIK AZIZ DIMALUKAN HJ KARPAL SEKALI LAGI...?? PANAS : NIK AZIZ DIMALUKAN HJ KARPAL SEKALI LAGI...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:45 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Hahahaha..tak boleh pakei langsung puak2 Pas nih..menipu je kejenye..padan muke kena kencing kt Dap.

    ReplyDelete
  2. Kesian dia kesian dia. Dah la penipu dalam berdebat. PAS nak ganti umno konon..poooooodah chik! Jadi juara dalam tempurung boleh laaa kahkahkah.

    ReplyDelete
  3. hahahahha hemsem btl gambar ni blh jadi menantu nuar ni

    ReplyDelete
  4. Hmm....PAS ni memang betul2 menggunakan hudud untuk kepentingan politik dia je bukannya ikhlaspun.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.