PANAS : NIK AZIZ BENGANG BILA ADA ORANG BERANI SANGKAL FATWANYA...

Seperti biasa, bila setiap kali Nik Aziz buka mulut je...dia akan berlagak pandai memutarbelitkan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran walaupun ulasannya yang dikeluarkan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia seorang yang nyanyuk, berhati tebal dan bertelinga nipis.
Teruja dengan gelaran Tok Guru dan segala macam puji-pujian yang diberikan kepadanya, selain membesar-besarkan pendustaan terhadap pencapaian Nik Aziz selaku pemimpin politik mahupun dari segi keilmuwan agamanya, Nik Aziz cuba mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku sekarang dengan menggunakan dalih-dalih agama untuk kelirukan rakyat....


Pada 27 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Kenyataan beliau itu menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, malahan ada pemimpin parti itu mahu tahu apa pula jawapan Dr. Sulaiman jika ditanya mengenai orang Islam yang menolak pelaksanaan hukum Islam.

Dan kelmarin, Dr. Sulaiman mungkin sekali lagi membangkitkan perasaan tidak selesa pemimpin dan penyokong parti tersebut apabila menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang memerintah walaupun dalam kepimpinan didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Selain itu, beliau juga berhujah tindakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam itu mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Mungkin seperti biasa, tidak kira siapa pun ulama yang memberi pandangan selagi ia tidak memihak kepada politik pembangkang, selagi itulah ia tidak akan diterima dengan hati terbuka.

Sebaliknya, selepas ini mungkin kita akan mendengar pelbagai hujah oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang menegaskan kenapa mereka mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggak utamanya.

Hujah yang selalu kita dengar daripada Pas adalah UMNO tolak Islam tetapi mereka sengaja tidak mahu mengakui bagaimana kedudukan Islam di negara ini terus dimartabatkan dari semasa ke semasa sehingga menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.


PANAS : NIK AZIZ BENGANG BILA ADA ORANG BERANI SANGKAL FATWANYA... PANAS : NIK AZIZ BENGANG BILA ADA ORANG BERANI SANGKAL FATWANYA... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:54 AM Rating: 5

1 comment:

  1. apabila yg diperlihatkan kepada umum 'sesuatu yg sempurna'..too good to be true, tanpa cacat cela & sbgainya,maka..ketahuilah bahawasanya 'KESEMPURNAAN' itu adalah PEMBOHONGAN pertama dan dalil,hujah,fatwa lanjutan daripadanya TIDAK LEBIH dari PEMBOHONGAN untuk menutup BOHONG PERTAMA!!
    Masihkah lagi kita mahu dibohongi golongan ini @kh ANDA yang membohongi diri untuk terus sedia dibohongi puak bertopengkan agama itu ??

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.