PANAS : MALIK DAN MANSOR BERSUBAHAT DENGAN LIM GUAN ENG TIPU IMAM....


Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

‘‘Janji yang mereka buat hanyalah sekadar janji manis sahaja untuk meraih undi," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Permatang Rawa di sini hari ini.

Mengikut perkiraan, jika kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membayar kenaikan yang dijanjikan, mereka perlu melunaskan tunggakan berjumlah RM318,000.

Abu Osman berkata, para imam terbabit telah mengemukakan rayuan mereka kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, namun sehingga sekarang tidak mendapat jawapan.

Beliau mendesak pemimpin Islam terutama daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mentadbir negeri ini bersama DAP supaya tidak berdiam diri dalam menyelesaikan masalah itu.UM

PANAS : MALIK DAN MANSOR BERSUBAHAT DENGAN LIM GUAN ENG TIPU IMAM.... PANAS : MALIK DAN MANSOR BERSUBAHAT DENGAN LIM GUAN ENG TIPU IMAM.... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:26 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Dah dasar PR.. Tipu dulu,kencing kemudian..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.