Tuesday, July 10, 2012




GEORGE TOWN - Lebih 50 peniaga kecil di Padang Kota Lama di sini mengadakan demonstrasi aman bagi meluahkan rasa kesal terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal menjaga kepentingan mereka sejak memerintah negeri ini.

Himpunan aman yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut disertai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah.

"Jika kerajaan negeri boleh beri lesen kepada peniaga kecil di Queensbay dan Persiaran Gurney mengapa tidak boleh buat perkara yang serupa kerana kebanyakan peniaga ini sudah lebih 10 tahun beroperasi dan mereka adalah nadi Padang Kota Lama," kata Mohd Ridzuan.

Wakil peniaga, M. Balakrishnan, 54, yang beroperasi di situ sejak 14 tahun lepas berkata memandangkan mereka tidak memiliki lesen, sudah tiga bulan peniaga di situ tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan susulan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang setiap hari melakukan rondaan di kawasan itu dan merampas barang perniagaan mereka.

"Bukannya kami tidak cuba memohon lesen, sudah beberapa kali kami minta tapi tidak dapat. Kami pernah adakan mesyuarat dengan ketua menteri dan beliau minta kami kemuka rayuan tapi sehingga hari ini tiada jawapan," katanya kepada pemberita hari ini.

Peniaga barang mainan, Mahathir Azizan, 34, berkata beliau dan peniaga lain tidak menghalang lalu lintas dan sentiasa memastikan kebersihan premis niaga masing-masing justeru beliau berasa hairan mengapa kerajaan negeri masih tidak meluluskan pemberian lesen kepada mereka. - Bernama

** EP nak tanya Ketua Menteri yang paling celaka di Pulau Pinang yang kat bawah ni takmau halau dan roboh jugak ka? Lesen besar nampak sampai boleh menganggu lalulintas... Racist!


2 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha bodoh punya peniaga.... Dah 14 tahun meniaga tp time 10 tahun BN merintah tak plak mintak... Ha ha ha

Anonymous said...

Nanti singpore bina jambatan terpanjng di dunia hubungkan tnah singapore ke penang..sbb penang akan jadi republik..melayu dihalau pi kedah,perak,dan mana2 kawasn kampung.penang CINA punya..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.