Tuesday, July 31, 2012


Pelbagai gosip cinta timbul apabila melibatkan nama Nora Danish yang sememangnya 'bergetah'. Awalnya, dia dikaitkan dengan Adi Putra, kini secara tiba-tiba timbul pula gosip bercinta dengan pelakon Shaheizy Sam.

Apa yang menarik, dakwa sipembuat cerita... cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan melalui filem terbaru berjudul 2 Kalimah. Persoalannya, benarkah begitu atau ia hanya sekadar publisiti murahan yang ingin disebarkan pihak tertentu bagi menghangatkan filem tersebut?

Seterusnya bila diajukan sendiri gosip yang berlegar kepada empunya badan, Shaheizy menafikan yang dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan janda manis itu. Katanya, gosip tersebut mengarut dan amat tidak logik kerana ia langsung tidak berasas sama sekali.

“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

“Apabila timbul gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan.

“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya dengan nada serius.


Dan ini pula kenyataan Nora Danish...

"Hah! itulah masalahnya. Lepas hari tu saya dikaitkan dengan abang Adi Putra, sekarang Sam pula. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahwa gosip di antara saya dengan Adi tidak benar. Itu semua kerana spekulasi orang. Tiada apa yang berlaku antara kami"

"Alih-alih baru-baru ni dengan Sam pula. Saya terkejut sangat sebab kami di set memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami tak bercinta. Sepanjang di set Dua Kalimah, kami asyik buat lawak saja. 

"Semalam kami ada photoshoot. Bila kami jumpa, masing-masing boleh berlawak lagi pasal gosip ni", jelas Nora Danish dengan panjang lebar ketika di temui di Flora De Cafe, Ampwalk, semalam. 

Tegasnya lagi, sepanjang 10 tahun menceburi dunia lakonan, dia tida pernah terjebak dengan 'cinta lokasi'. Sehinggakan apabila seringkali dikait dengan pasangan heronya baik di dalam filem mahupun drama, dia seperti sudah lali dengan cerita-cerita tersebut. 


1 comments:

Anonymous said...

Sori Sam..wa xmo minat sama lu lagi...lu sudah curi AWEK wa....waaaa haaa haaaaaa

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.