Monday, July 23, 2012

PANAS : APA HAL AWIE BENGANG NI.....??


Penyanyi Awie (Wings) menyifatkan golongan muda kini semakin kurang peka dengan sejarah negara apatah lagi untuk berjiwa patriotik.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, hal itu dapat dilihat apabila kebanyakan golongan itu terlalu banyak dipengaruhi dengan budaya Barat selain menentang pihak kerajaan secara melulu tanpa sebab.
"Saya suka apabila melihat budak-budak remaja sekarang ini lebih bijak dan berani menyatakan pendapat mereka tetapi sayangnya jiwa mereka semakin kurang dengan nilai-nilai patriotik.
"Apa yang saya lihat, ada yang mengambil sikap tidak peduli dan ada juga golongan muda yang bersuara lantang menentang kerajaan.
"Sedangkan macam-macam perkara yang mereka terima daripada pihak kerajaan. Nak buat macam mana, manusia tidak pernah bersyukur atau berpuas hati dengan apa yang ada," katanya.
Tambah Awie, pengetahuan sejarah negara mestilah diketahui oleh setiap rakyat tempatan terutamanya bagi golongan muda agar mereka faham betapa susahnya pejuang terdahulu mendapatkan kemerdekaan di tanah air sendiri.
"Sebenarnya, sifat-difat patriotik perlu dididik bermula dari rumah dan ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar untuk itu.
"Begitu juga dengan saya yang perlu mendidik anak-anak tentang sejarah negara. Dari situ, akan timbul rasa keinsafan dalam diri mereka bagaimana susahnya rakyat tempatan satu ketika dahulu," ujarnya.
Perkara tersebut juga telah membuatkan Awie ingin menyuntik sifat semangat cintakan negara kepada golongan muda dengan merancang untuk menghasilkan sebuah konsert khas berkonsepkan patriotik.
"Saya sedang merancang untuk membuat sebuah konsert khas berkonsepkan patriotik bersama-sama dengan Wings serta beberapa artis lain. Semoga perancangan itu menjadi," tuturnya. - Mstar

6 comments:

zack said...

yeke cakap kau awie? so ko dah baca bab asal usul empayar sriwijaya? peradaban sungai batu kedah? salasilah asal usul Raja2 Jawa? Wangsa sailendra? Kerajaan Funan? Kaitan Raja2 Melayu dalam Empayar Khmer kemboja dan Thailand?

Hahahah so kau awie berpendapat harus tau sejarah hanya dengan membaca kisah2 Pra-merdeka,komunis,jepun..itu definisi harus tau sejarah bagi kau awie? hahhahh aku sebagai Generasi Muda nak tergelak cara Pemahaman awie soal sejarah..boring lah dengar semboyan2 klise macam awie ni.

Anonymous said...

Zack pencacai ALJUBURI perkara baik pun lu mahu spin. Apa jasa kau pulak? Pembangkang dapat 4 negeri apa mereka dah buat?

Anonymous said...

daripada Sriwijaya baik ko cakap pasal Majapahit ..
apa kena mengena sungai? batu ? dengan Kedah? baik ko cakap pasal Batu Bersurat Terengganu..
asal usul Raja Jawa ? camana plak Raja Bugis ? Mendaling ... Pattani ..?
Kerajaan Funan ? yang itu sebelum Masihi bro ... agak2 la nak gebang
Empayar Khmer ? ko citer sikit kaitan antara Khmer dengan Peradapan masyarakat Maya ...
Hancusss segala usaha cikgu ko ngajar ilmu Sejarah .. Geografi ... Moral .. IktiarHidup .. Sains Rumahtangga ... dll

Anonymous said...

Awie jangan lupa jemput Ustazah Abby Abadi sekali....kah kah kah baru ramai yang nak joint konsert tu...he he he
Tanpa Abby Abadi dalam Konsert nanti Nik Aziz tak dapat jamin syurga PAS..

zack said...

Hahahahah pencacai gomen Butthurt! mentaliti tempe..sebijik macam mat indon dgn pencacai pembangkang..tiada beza..mental melayu tempe yang butthurt! hihihhihi xD

zack said...

daripada Sriwijaya baik ko cakap pasal Majapahit ..
apa kena mengena sungai? batu ? dengan Kedah? baik ko cakap pasal Batu Bersurat Terengganu..
asal usul Raja Jawa ? camana plak Raja Bugis ? Mendaling ... Pattani ..?
Kerajaan Funan ? yang itu sebelum Masihi bro ... agak2 la nak gebang
Empayar Khmer ? ko citer sikit kaitan antara Khmer dengan Peradapan masyarakat Maya ...
Hancusss segala usaha cikgu ko ngajar ilmu Sejarah .. Geografi ... Moral .. IktiarHidup .. Sains Rumahtangga ... dll

KOMEN DARI AKU :
Apa si bahalol ni merepek huh? xD

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.