Friday, July 20, 2012

Sejak kebelakangan ini begitu ramai artis yang mula melibatkan diri dalam bidang politik tidak kira pro atau anti-kerajaan. Namun, rata-rata selebriti yang memilih untuk menyertai Pas adalah dengan alasan ingin berhijrah.
Ya, itu menjadi hak serta prinsip masing-masing. Tidak menjadi satu kesalahan mahupun satu pertikaian. Cuma apa yang ditulis seorang blogger pro-pembangkang ini agak menarik untuk diperkatakan
Didalam entrynya di http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html mempertikaikan kewajaran penganjur yang sanggup membayar RM2,500 setiap kali artis wanita ‘itu’ memberi ceramah Pas walaupun artis itu belum menyerahkan borang keahlian parti.
Kalau benar dakwaan itu, penulis rasa pelik juga bagaimana pihak penganjur sanggup membayar lebih kepada artis yang baru berjinak dalam bidang politik sedangkan pejuang-pejuang parti yang begitu lama menegakkan prinsip parti kadang-kala hanya diberi saguhati apabila naik ke pentas ceramah.
Kita buat pengiraan mudah. Jika setiap kali ceramah dibayar RM2,500 dan sebulan artis itu menyertai 10 ceramah, dia akan dibayar RM25,000. Itu jika 10 kali dalam sebulan, jika lebih?
Mungkin ini sekadar khabar angin, namun jika ia benar, apakah nasib mereka yang sudah ‘veteran’ memperjuangkan prinsip parti? Tidak hairan apabila ada suara-suara di dalam parti itu yang mempertikaikan isu ini.
Isu ini sesuai dengan ungkapan ‘Kera DiHutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’.
Bagi penulis, seperti tidak adil jika penceramah veteran yang sudah lama memperjuangkan parti menerima hadiah atau bayaran yang sedikit berbanding mereka yang baru menyertai politik dan sudah beraksi ‘ghairah’ di pentas ceramah menerima bayaran yang lebih mahal atas tiket ‘selebriti’.
Namun, yang masih menjadi persoalan, adakah artis-artis itu mahu benar-benar berubah kerana dirinya dan agama, atau kerana parti ataupun mengejar bayaran yang tinggi setiap kali memberi ceramah. Apa kata anda? -aidc

2 comments:

solo said...

Teringat seorang " Mentor " yg sering gak bagi ceramah..tapi demi kebaikkan ramai pihak terutamanya wanita ler.. cer tengok

http://www.yuswellnesscoach.blogspot.com

Anonymous said...

Maklumla..abby dah x laku utk berlakon..imej dia pun dah jahanam sejak bela anak ikan dan meroyan..kalau la norman hakim boleh dedahkan siapa abby abadi bangang ni kan bagus..

So,dgn cara jd GRO Pas ni,dpt la dia pocket money.kalau nak lebih,kangkang je kat Din Puduraya atau Mat Sabu..besar la habuan dpt..kalau nak habuan syurga,gi la goda nik ajis..tu pun kalau nik ajis nak la..heheheh

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.