HOT : WAN AZIZAH HANTAR SPY UNTUK PERHATIKAN ANWAR??

Rencana mengenai Anwar Ibrahim ingin mengundur diri daripada politik menarik untuk direnung. Kenyataan Ezam Mohd. Nor dalam AIDC News (5.7.12); “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya lakukan hampir segala-galanya,” menarik untuk diberi perhatian.
Berhelahnya kenyataan Anwar sekian lama mengamalkan sindrom penafian dan cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti tinggi tanpa memberi penjelasan rasional terhadap apa yang berlaku.
Jalan mudah bagi Anwar ialah menuduh orang lain melakukan konspirasi dan dibeli oleh UMNO. Sedangkan sehingga kini pun tiada bukti diberikan dan konspirasi hanya kenyataan berhelah. Keputusan kes liwatnya dengan Saiful adalah bukti yang nyata mengenai keadilan mahkamah yang dikatakannya zalim.
Kisah menawan Putrajaya 16 September 2008 menjadi saksi dan kenyataannya mengenai beberapa pimpinan UMNO Sabah berpaling tadah menjadi bukti yang lain pula.
Kenyataan berhelah Anwar untuk berundur adalah bermaksud untuk memancing perhatian bahawa dia sedang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya. Mesejnya yang tersirat supaya pendukungnya bekerja bersungguh-sungguh supaya impiannya ke Putrajaya menjadi. Kalau tidak ia bakal kembali mengajar.
Mengajar di sini ada tiga tafsiran. Satu hidupkan kembali Yayasan Anda yang telah sekian lama terkubur. Atau kembali ke Washington untuk mengajar semula atau bersama dengan teman-teman rapatnya di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor yang sikap partisan mereka banyak melakukan penggilapan Anwar sebagai manusia yang membawa pencerahan dan manusia “Anugerah dari Tuhan”.
Isu integriti yang harus direnung oleh Anwar dan kawan-kawan partisannya apabila kenyataan berhemah Ezam berkata “Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula”.
Suruhan Wan Azizah dari Washington itu adalah kenyataan yang serius tentang integriti Anwar. Sehingga kini Wan Azizah tidak menafikan kenyataan Ezam itu. Dan sikap yang diambil oleh seorang insan seperti Ezam adalah wajar baik dilihat dari segi moral mahupun syarak.
Menuduh Ezam melakukan konspirasi terhadap Anwar atau dibeli oleh UMNO adalah madah berhelah Anwar yang sehingga kini tanpa bukti. Tetapi kalau Anwar dituduh dengan bukti, sindrom kebisuan pula timbul.
Mana mungkin terlalu banyak isu integriti yang berbangkit baik daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ummi Hafilda, kenyataan Wikileak Lee Kuan Yew mengenai Anwar, dua bab tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku biografinya Doktor Umum, kenyataan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid dan Ab. Razak Idris mengenai akaun RM3 bilion dipandang terlalu remeh.
Atas nama integriti Anwar kena beri respon dan bertindak sesuatu supaya integriti dirinya terpelihara dan keyakinan pengikut terhadap dirinya terjaga. Tentu ada sesuatu yang tidak kena apabila 28 orang pengikut tegarnya suatu ketika dulu meninggalkannya dan kini bergabung dalam TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) untuk melondehkan integritinya.
Hairannya orang kenal Anwar hanya pada ucapan berhelahnya tidak pernah terdetik dalam hati untuk mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Anwar dalam kaitannya dengan isu-isu yang berbangkit, pendirian pluralisme yang diambil lebih-lebih lagi hubungan Anwar dengan kelompok eksklusif di Amerika Syarikat.
Apakah kerana taksub yang tinggi dan fanatik yang melulu menyebabkan sebahagian orang ilmuwan dan pengkaji yang mempunyai disiplin akademik pun tidak berganjak daripada pendirian bahawa Anwar teraniaya dan terjebak dengan konspirasi walaupun tanpa alasan atau bukti.
Bagi Ezam yang pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan Anwar, dilihat sebagai klon Anwar ketika bercakap tentu ada sebab besar mengapa ia menarik diri daripada Anwar.
Kenyataan berhemah Ezam, “Dan memang cukup besar yang menyebabkan bukan persoalan politik lagi, menyabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahuwataala. Sebab itu saya membuat keputusan untuk meninggalkannya”.
Kenyataan Ezam ini sangat jelas. Sepatutnya Ezam didekati ditanya secara terperinci apa maksud kenyataan berhemahnya itu terutama di kalangan pengagum Anwar dan orang yang mengalami penyakit ‘mati rasa’.
Yang paling penting atas nama integriti, Wan Azizah perlu respon kenyataan Ezam itu dan tidak mengambil sikap membisu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Orang yang beriman akan berdiri teguh dengan kebenaran kerana kebenaran lambat-laun akan tegak menampakkan wajahnya. Itu firman Allah –Utusan Malaysia.

HOT : WAN AZIZAH HANTAR SPY UNTUK PERHATIKAN ANWAR?? HOT : WAN AZIZAH HANTAR SPY UNTUK PERHATIKAN ANWAR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:29 AM Rating: 5

6 comments:

  1. Pengajaran kat Azizah agar tidak pakai SPY untuk intip Anwar..supaya rahsia tidak terdedah.......
    Cadangan yg bernas..supaya Azizah tanam GPS nokia chip dalam telor dia tu...senang nak tau dimana dia berada.. setiap kala. Atau install TV cam yg kecil dipusatnya..

    ReplyDelete
  2. Lebih baik install camera cam kat telor Anwar.. Bila belalai bengkok tu lurus.. Mmg tahu la.. Lubang amoi atau lubang kunyit yg anwar taji..

    ZoRRo...

    ReplyDelete
  3. Anwar Mengongkek Lagi...???? - Gua dah katakan *di sini*, kalau nak rakam video Anwar tengah mengongkek jemputlah blogger PR sekali... barulah terbukti kebenarannya... hahaha...!!!

    ReplyDelete
  4. Anwar oh Anwar..

    SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Tak payah guna taktik pun takpe..mmg nurul izzah nak melingkup kat pantai dalam..satu hapah contribution pun takde melainkan gantung banner muka dia dan muka laki dia (mat lembut) yg x tau malu kat pantai dalam.dia x boleh menyaingi Raja Nong Chik dah buat banyak sumbangan kat pantai dalam.kat pusat khidmat dia pun,dgn selamba org pantai dalam gantung bendera dan khemah kat bwh pusat khidmat dia tu...org dah menyampah dah dgn nurul izzah..berpolitik bkn atas keupayaan dia..tapi menang lebih kpd undi simpati..kesian..takde tokoh pun betina ni..menipu la lagi org pantai dalam..ko akan terima balasan melingkup nanti

    ReplyDelete
  6. empayar fitnah dan pembohong.Nak menang PRU dulu bagi IC pd pendatang = sekarang projek IC Selangor.
    Tambah lagi buat video fitnah.guna istilah MIRIP...kerna tak betul ....solek pelakun ...ambil gambar macam mirip2....semua ini perbuatan membawa kemurkaan Allah samada kepada pembuatnya, pelakonnya, pengarahnya, tenaga produksinya, penyebarnya, yang mempercayainya.. dan orang yang mengundi puak2 yang melakukannya sebagai strategi politik kotor. Allah maha mengetahui...undilah wakil yang boleh bawa kita ke jalan di redhai Allah.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.