Tuesday, July 24, 2012


Agak-agaknya kenapa Pemuda Pas yang hanya berdiam diri apabila Ketua Pemuda mereka, Nasharuddin Tantawi ditempelak serta dinafikan kebenaran kata-katanya oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berkenaan hudud ketika debat beliau menghadapi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari baru-baru ini.
Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi baru-baru ini mengeluarkan  kenyataan bahawa Karpal setelah bergabung dengan Pas dalam Pakatan Pembangkang sudah mula bersikap lembut terhadap pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud,  ketika debat beliau bersama Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini.
Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas itu, Karpal secara terbuka membidas Ketua Pemuda Pas  kerana memandai-mandai mengatakan bahawa pendiriannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan Islam sudah berubah dan Karpal tetap menegaskan bahawa pendirian beliau terhadap hudud tidak berubah sejak 20 tahun lalu.
Jadi tidak hairanlah mengapa Karpal begitu berani dan dengan selamba mahu mengkritik secara terbuka mana-mana pemimpin Pas baik dari peringkat tertinggi sekalipun, kerana Karpal tahu Pas tidak akan berani untuk menyanggah kenyataannya itu.
Pas sedar atau tidak, bahawa Karpal sebenarnya sudah menghidu kelemahan Pas  iaitu matlamat perjuangan  Pas yang  kini lebih kepada kuasa politik, dan bukan lagi perjuangan ikhlas yang mahu menegakkan Islam semata-mata.
Bagi Pas hari ini, hudud dan negara Islam kini hanya tinggal retorik yang perlu diulang-ulang untuk menyakinkan rakyat bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, sedangkan hakikatnya perjuangan negara Islam sudah lama Pas tinggalkan.
Sebab itu ramai ahli dan pemimpin Pas di peringkat tertinggi meninggalkan Pas kerana sudah merasa kecewa dengan perjuangan Pas hari ini. Ada di antara ahli-ahli dan pemimpin Pas yang ditemuinya, mengambil keputusan untuk keluar dari Pas dan ada juga yang masih ahli Pas, namun mereka sendiri tidak yakin dengan kesungguhan kepimpinan Pas hari ini untuk menegakkan negara Islam.
Pas hari ini di dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai jemaah yang tidak berani bersuara dan lebih kepada sanggup buat apa saja kerana kuasa. Pas dibuli sesuka hati oleh DAP. Semua ini berlaku apabila Pas membuat keputusan untuk bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang menyebabkan Pas menjadi parti  bacul dan penakut untuk bersuara.
Pas sanggup korbankan prinsip perjuangan negara Islam yang sejak sekian lama menjadi matlamat mereka sebelum ini, untuk menjaga hati dan mendengar nasihat dua rakan politik berfahaman liberal mereka itu.
Jadi, bagaimana kita mahu memberikan amanah kepada Pas dan juga Pakatan Pembangkang untuk menjaga dan memelihara maruah Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini, apabila mahu bersuara dan mempertahankan parti sendiri daripada dihina dan dicerca pun tidak mampu mereka lakukan. -MediaUMNO


8 comments:

Nur Eisha Fatihah said...

sinar harian tak nak sediakan pentas ke utk mereka berdua berdebat mengenai Hudud?

Anonymous said...

Da bertahun bergabung, baru nak berdebat. Sebelum ni havoc kata nak tarbiahkan juak2 DAP utk fahami ISlam. Rupa nya autar aje, PAS x buat apa pun sbnr nya.

Anonymous said...

Salam Bro, betul ke Tantawi tu berani nak berdebat dengan Kapal Sink ? Eloklah si Tantawi tu tengok muka kat cermin dulu.Kalau terlalu sangat mengata orang,bila kena batang hidung sendiri ,baru tahu.Ini samalah dengan ahlul-ahlul PAS yang lain.

anoymous said...

Sebanarnya pas yang kena tarbiah dengan dap dan bukan sebaliknya,seperti negara islam tukar kepada negara kebajikan,kalimah Allah dan banyak lagi...

anoymous said...

Cadangan yang baik,boleh kita tengok ketua pemuda pas nak bohong apa pula..

anoymous said...

Debat dengan UFB pun tengok hanya banyak bermain dengan retorik politik sedangkan tengok UFB lebih tenang,tidak riak serta mampu berhujah dengan nas serta bukti yang kuat,macam mana pula nak berdebat dengan Karpai Posing...

Anonymous said...

sebut je nama Dap atau ularmak karpal siks terus ulam2 Pas terkedu..depan umno jadi hero kononnya dia lah lebih islam dari yg lain tapi belakang.. nak sebut islam depan karpal/Dap pun terkucil dalam seluar terus jadi pak anggok, geleng2 cium tapak kaki karpal mintak ampun...hampehhh nye ulam2 Pas

Anonymous said...

Parti PAS ni parti nasi tambah PKR & DAP saja...ada pun tak apa,tak ada pun tak apa....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.