Wednesday, July 25, 2012


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menegaskan, meskipun menyertai parti politik merupakan hak setiap individu, penggiat seni tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan masing-masing.
“Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka.
“Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,” kata Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah beliau, golongan artis perlu mengambil sikap neutral kerana perjuangan mereka adalah semata-mata untuk kesemua ahli persatuan tanpa mengira fahaman politik.
“Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah.
“Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,” kata beliau mengulas perkembangan artis menyertai parti-parti politik, kedua-dua komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga berkata, tidak mengira fahaman politik, apa yang penting ialah penggiat seni tanah air perlu sama-sama membantu dan bekerjasama dalam pembangunan industri dan perjuangan seni harus diteruskan.
“Negara kita ada undang-undang. Jadi masuklah mana-mana parti politik sekali pun, asalkan tidak menghina agama, menyentuh sensitiviti kaum atau mengutuk pemerintah kita, mereka masih boleh kekal berpolitik,” tegasnya.
Beliau menambah, golongan artis tidak sewenang-wenangnya memberi persepsi negatif jika mereka menyertai parti pembangkang, produk mereka akan diharamkan untuk  disiarkan dalam media kerana Seniman akan terus berusaha membela nasib artis.
“Janganlah apabila masuk saja parti pembangkang, terus saja cakap lepas ni tidak boleh masuk media arus perdana lagi. Jika betul perkara ini berlaku, beritahu kami, saya sendiri akan siasat mengenai perkara ini,”  Zed Zaidi.

4 comments:

Anonymous said...

“Janganlah apabila masuk saja parti pembangkang, terus saja cakap lepas ni tidak boleh masuk media arus perdana lagi. Jika betul perkara ini berlaku, beritahu kami, saya sendiri akan siasat mengenai perkara ini,” Zed Zaidi.

Memang betul apa Zed Zaidi cakap. Memang yang masuk parti pembangkang akan sentiasa juga masuk media perdana tapi asyik berita kena kutuk je la..

Anonymous said...

sepatutnya mereka sendiri menolak utk masuk media arus perdana kerana ianya bertentangan ngan perjuangan dan ideologi mereka...bukan tak leh masuk.

Anonymous said...

steady lah bro zed...sound direct je kt dorg tuh

Anonymous said...

Ada beza ke dgn media yg bukan arus perdana? Malah dlm harakah sendiri pun siarkan berita berunsur mengutuk, memfitnah...ada penah nampak akhbar2 milik pembangkang memuji walau sikit pon usaha kerajaan yg mmg benar2 baik?jgn haraplah...kalau pembangkang jd kerajaan pon, benda yg sama gak berlaku...malah lebih teruk! Tgk ajelah mulut2 pak lebai, pak aji yg dok ada...ngalahkan longkang..kalau dpt tawan putrajaya sok, lihatlah betapa ramai beruk2 terlompat2 mcm baru jumpa bunga! Tapi...jgn haraplah!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.