HOT : NING BAIZURA MAHU DIN PUDURAYA MOHON MAAF SECARA TERBUKA PADANYA....



Sejak seminggu lalu timbul isu penyanyi Ning Baizura diberitakan 'mengamuk' sekaligus mengecam sebuah parti pembangkang. Segalanya bermula apabila wanita berusia 37 tahun ni didakwa kononnya telah menyertai sekaligus menyokong parti tersebut gara-gara gambarnya bertudung tersebar luas di ruang internet.

Berkesempatan bertemu beliau di majlis berbuka puasa anjuran PRISM, MD mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu yang kini menjadi bualan hangat ramai.

Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah menegaskan yang beliau tidak pernah menyokong mana-mana parti pembangkang seperti mana yang didakwa baru-baru ini di dalam akhbar Sinar Harian juga kenyataan di blog-blog yang tersebar di internet.

Pelantun Awan Yang Terpilu ini juga mengakui sedikit sebanyak isu tersebut telah mencemarkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang selebriti. Justeru atas nasihat penguam juga beberapa kenalan dari pihak kerajaan, dia telah meluahkan perasaannya di Twitter minggu lalu. Tindakan itu adalah kerana mahu menjelaskan kepada peminat dan juga membersihkan semula namanya.

Malah Ning turut memberitahu gambar bertudung itu adalah gambar dari koleksi instagram yang dirakam ketika terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Haji Bakhil, tahun lalu 

"Saya tak berani komen banyak, lagipun perkara ni sudah diperbesar-besarkan di laman Twitter. Pada saya, asalkan saya tidak berdolak dalih, saya juga tidak pernah membohongi peminat atau tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ke atas saya, cukup. 

"Kenyataan di Twitter tu adalah untuk memberitahu terutamanya kepada peminat-peminat saya agar mereka tidak keliru,"

"Apalah sangat saya ni? Saya sebagai individu juga hanyalah seorang artis, lain lah kalau saya ni ahli politik. Saya ingin menyatakan yang saya menyokong kerajaan yang sedia ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itu prinsip saya sejak dari dulu lagi," jelas Ning Baizura ketika ditemui di Restoran Melayu, semalam. 

Menurutnya lagi, beliau tidak kisah tentang gambarnya bertudung disebarkan dilaman internet. Cuma apa yang dikesalkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas dirinya. 

"Sebenarnya ia bukan isu apa-apa, memang saya tak kisah gambar saya bertudung. Bagus juga kalau orang nak sebarkan gambar tu. Saya tiada masalah bertudung. IsyaAllah bila sampai seru nanti, saya akan bertudung. Bertudung bukan isu. Isunya ialah mengambil kesempatan kepada sesuatu situasi dimana saya tidak pernah membenarkan diri saya menjadi sebahagian daripada penyokong parti pembangkang." katanya.

Ditanya bagaimana reaksinya sebaik saja mendengar berita tersebut dan adakah sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadap phak yang memfitnah dirinya, Ning menjawab,

"Memang saya terkejut tapi tak marah sebab mungkin saya bukan ahli politik tetapi saya merasakan saya mempunyai hak sebagai bukan saja artis tapi orang yang tak pernah berpolitik, kenapa pula saya harus menjadi mangsa? Kalau dah nama saya disebut tanpa tak secara sukarela mengatakan saya sokong ahli pembangkang, sudah tentu ianya sensitif bagi saya.

"Jadi saya harus perbetulkan keadaan dan antara tempat yang paling cepat dan mudah ialah meluahkan perasaan saya di Twitter. Mungkin tindakan saya itu membuatkan ada pihak yang berkecil hati atau tidak puas hati. Saya minta maaf.

"Apapun perkara ini masih belum selesai. Saya serahkan segalanya pada peguam saya. Mungkin pihak-pihak yang menyebarkan berita ini harus membuat sesuatu seperti meminta maaf atau menarik semula kenyataan yang dikeluarkan", ujar Ning mengakhiri perbualan. - Malaysian Digest

**Mahu ke Din Puduraya mohon maaf secara terbuka pada Ning Baizura??
HOT : NING BAIZURA MAHU DIN PUDURAYA MOHON MAAF SECARA TERBUKA PADANYA.... HOT : NING BAIZURA MAHU DIN PUDURAYA MOHON MAAF SECARA TERBUKA PADANYA.... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:45 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.