HOT : NIK AZIZ BENGANG KELAB TAAT SUAMI TOLAK HUDUD PAS..




Kelab Taat Suami (KTS) menolak undang-undang hudud sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dalam negara ini.

Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, penguatkuasaan undang-undang juga tidak akan dapat menangani masalah seperti seks luar nikah, pembuangan bayi, dan juga hubungan sejenis.

Beliau percaya hukum hudud merupakan langkah terakhir untuk menghukum mereka yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks luar nikah.

Menurutnya, hukum hudud antara lainnya memperuntukkan saksi yang disyaratkan sebagai individu yang tidak meninggalkan solat dan bukan seorang fasik.

Namun, individu seperti itu sukar dicari pada masa ini, katanya.

"Kalau dalam hukum hudud pun, kita kena datangkan empat saksi. Senang ke nak datangkan saksi itu, saksi yang tak tinggalkan sembahyang, saksi yang tidak fasik.

"Kalau kita jalan, tengok benda yang haram, dah jatuh fasik. Kalau tak istighfar, dah kekal fasik.

"Senangkah hendak dapat saksi begitu di zaman ini? Sebab itu kalau sudah dapat empat itu baru boleh dapat hukum hudud.

"Hendak dapatkan empat itu baru boleh jatuh hukum hudud, kalau tidak, tak sah hukum itu," katanya. MalaysiaKini


HOT : NIK AZIZ BENGANG KELAB TAAT SUAMI TOLAK HUDUD PAS.. HOT : NIK AZIZ BENGANG KELAB TAAT SUAMI TOLAK HUDUD PAS.. Reviewed by Empayar Pemuda on 2:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Apa pulak kata tok guru? Mengaru kepala la...? Apa pula jwpannya...?

    ReplyDelete
  2. kalau saksi pun hati yahudi yg tak salah bleh kena buta ja...nak hukum tgk parti apa???meme bangang la penganut dan wali pas ni...patut kena reject...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.