Thursday, July 26, 2012

Inilah yang dikatakan hudud versi khawarij PAS, mahu laksanakan hukum Allah tapi masih mengambil perkiraan untung rugi politik.Dah berbulan lamanya retorik hudud dibangkitkan oleh wali selipar memerangkap Menteri Besar.



Mana perginya Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud)? Hingga sekarang jawatankuasa pun tak duduk bersidang, entah siapa yang ahli jawatankuasa pun tak diumumkan hingga sekarang. Takkan dek kerana Karpal, Guan Eng dan Kit Siang berdehem khawarij PAS Kelantan dah tarik handbrake?




Kedah tak dengar pulak nak laksanakan hudud? Islam PAS Kelantan dan Islam PAS Kedah tak samakah? Islam di Selangor dan Pulau Pinang pun tak samakah?




Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi rojak.




Hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.




Hudud versi PAS telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.




Pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.




Tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.




Pindaan itu dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Hj Hadi yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).




Melalui pindaan itu, hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.




Di sinilah bermula perbezaannya hudud yang berasal dari Al-quran dan hudud versi PAS. Asalnya pada 1986 dalam draf hudud dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.




HuDud yang sebenar dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.




PAS bukan saja berbohong malah mengubah suai Hudud versi mereka mengikut acuan kepentingan perkiraan untung rugi politik, Hudud yang asal tidak lagi dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah. - AAQR



KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.

   
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.
   
Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
   
"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
   
Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
   
Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.
   
"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.
   
"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya. - Bernama

5 comments:

Anonymous said...

Elok jugak hudud dijalankan, tabung Memali siapa yang curi?, akan ada yang bergelar Ahlipas kudung nanti.

Anonymous said...

Tengok kat selangor je cukup...pas nak jadi exco agama pun dap tak kasi...pas buat ape? diam menikus jela dengan dap.

Empayar Pemuda said...

bukan setakat di Selangor...di Pulau Pinang pun sama..Pas hanya layak jadi pencacai DAP

Anonymous said...

eleh kambing tua ni nak bagi warning,heh kapal pusing tu beliak kan mata je kambing tua ni terkencit kencit lari cam kambing takut hujan

Anonymous said...

Salam kepada saudara2 Islam yang ku kasihi. Hudud itu nas2 didalam Al Quran yang wajib dilaksanakan jika pemimpin kita itu Islam, ianya tidak sama seperti Qisas. Mca dan Dap saya tak nak ulas sbb mereka golongan kufar sememangnya tidak bersetuju,dan tanggungjawab kitalah untuk menjelaskan kepada mereka tentang keindahan Islam. Kita yang Islam ini jangan kata menolak, mempersenda sahaja sudah terbatal syahadah. Ini bukan saya cakap, tetapi memang itulah definisi Terbatal Syahadah. [Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam);].
Baiklah sekarang, kita jangan cerita pasal Pas atau Umno dulu. Soalan yang ingin saya tujukan ialah penulis dan mereka2 yang komen diatas rasa, wajibkah hudud Allah itu dilaksanakan di Malaysia? Setelah kita sebagai umat Islam memberikan jawapan yang Ikhlas, barulah kita beralih kepada topik seterusnya. Saya doakan yang terbaik untuk anda, saudara2 Islamku.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.