Friday, July 27, 2012


Tindakan PAS kembali mencanang pelaksanaan hukum hudud adalah strategi parti itu untuk memancing undi bagi pilihan raya umum Ke-13, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin PAS tidak mungkin menunaikan janji itu kerana anggota parti pakatan pembangkang terutama DAP akan menentangnya.


"PAS berjanji tanpa sebarang persiapan...dan ini bukan perkara baru. Mungkin ada rancangan untuk memancing undi," katanya kepada pemberita. 


Mustapa berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, semalam yang mengulangi pendirian parti itu akan memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.


Mustapa berkata rakyat perlu sedar bahawa penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud bukan lagi keutamaan PAS kerana kini parti itu telah menggantikan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam kepada konsep negara kebajikan.
- BERNAMA 


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.