HOT : MUSTAFA ALI DIJANGKITI SEJENIS PENYAKIT MISTERI...




Pelikkan puak-puak pembangkang ni...dua patas perkataan sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka jadi gila...terutamanya Setiausaha PAS...Ada ke patut Mustafa Ali mengugut kerajaan supaya menarik balik slogan `Janji Ditepati' dan memberi tempoh seminggu kepada kerajaan Barisan Nasional untuk berbuat demikian...

Ketakutan pembangkang terhadap slogan 'Janji DiTepati' nampaknya benar-benar kronik...macam kena penyakit la pula... dan nampaknya puak-puak ni bersungguh-sungguh mahu mempastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kebangsaan. Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran yang baik dalam menyambut hari kemerdekaan.

Kadang-kadang EP agak kasihan juga dengan puak-puak pembangkang..Alasan mereka menolak tema ini adalah kerana mereka takut 'bila orang tengok saja tema 'Janji Ditepati' ini, mereka akan terus ingat kepada BN'. Hahahahaha...


Apasal...PAS atau pakatan haram tak pernah tepati janji ke yang takut sangat dengan tema tu...Agak-agaknya Mustafa ingin mencadangkan agar tema hari kebangsaan ditukar pada 'Janji Bukan Untuk diTepati' kot...baru rakyat akan ingat pada PAS dan pakatan haram...kerana kegilaan puak-puak ni yang sentiasa berjanji tetapi tidak satu pun janji mereka tepati? 




APA cacatnya Logo Hari Kemerdekaan 2012 yang dipertikaikan pembangkang dan NGO yang Anti Kerajaan? 

Berikut Maksud Logo berkenaan:

Bendera Malaysia : Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

Angka 55 : Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

Huruf M : Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Tulisan grafik erdeka : Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Janji Ditepati : Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

1Malaysia : Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Keterangan Lanjut DI SINI


HOT : MUSTAFA ALI DIJANGKITI SEJENIS PENYAKIT MISTERI... HOT : MUSTAFA ALI DIJANGKITI SEJENIS PENYAKIT MISTERI... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:56 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Pembangkang2 nih nak letak muka Anwar sambil mkn karipap dalam Logo hari kebangsaan kot.. tu yg tak puas hati..

    zoRRo...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.