HOT : LIM GUAN ENG BAKAL BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG??


Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta supaya menilai setiap tindakannya terlebih dahulu sebelum mudah menuduh pihak lain sebagai tidak beretika.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, sikap tidak beretika Guan Eng itu dapat dilihat apabila tidak tampil memberi penjelasan berhubung isu melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini sebaliknya lebih ghairah mencari salah pihak lain untuk menutup lompang yang berlaku dalam pentadbirannya.

“Dia menuduh saya tidak beretika kerana membeli tanah daripada 31 pemilik Kampung Terang, Balik Pulau pada 2010.

“Selain itu, dia mempersoalkan apa faedah penduduk kampung daripada nilai jualan RM5 juta yang diperoleh mereka daripada urus niaga itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Omar yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor berkata, nilai sebenar jualan tanah tersebut adalah RM8.6 juta dan beliau tidak menjual tanah itu selepas lima bulan membelinya seperti tuduhan Guan Eng.

“Sekurang-kurangnya saya tampil memberi penjelasan berkaitan isu yang timbul dan tidak berdiam diri seperti yang diamalkan Guan Eng.

“Untuk pengetahuan beliau, urusan jualan tanah dibuat secara sukarela dan bukan seperti kerajaan negeri yang mahu merampas tanah penduduk di Kampung Genting bagi membina Asian Women Leadership University (AWLU) baru-baru ini.

“Harga yang ditawarkan melalui syarikat saya iaitu Maison Height Sdn. Bhd. kepada pemilik tanah di situ lebih tinggi iaitu RM21 sekaki persegi berbanding kerajaan negeri yang hanya menawarkan RM8 hingga RM10 sekaki persegi kepada penduduk kampung," jelasnya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, beliau akan bertemu peguam dalam masa terdekat untuk menimbang bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng.
HOT : LIM GUAN ENG BAKAL BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG?? HOT : LIM GUAN ENG BAKAL BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:28 PM Rating: 5

1 comment:

  1. LGE yg mulut biawak ini kan tau la nasib dia pada PRU 13 nih.. Org Pulau Pinang pun dah meluat dgn dia.. Menipu.. memperkayakan Kroni2.. tidak telus kepada kaum2 yang lain..

    zoRRo...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.