HOT : KARPAL CABAR NIK AZIZ...SIAPA LEBIH BERKUASA??


DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya. Sinar
HOT : KARPAL CABAR NIK AZIZ...SIAPA LEBIH BERKUASA?? HOT : KARPAL CABAR NIK AZIZ...SIAPA LEBIH BERKUASA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:49 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Sekarang pisaukarat apa nak kata
    Hudud PAS bukan lagi senjata
    Sebab Karpal sudah pun MURKA
    Anda Faham kah maksud hamba.

    ReplyDelete
  2. Bukan satu tapi dah berkali
    Hudud Pas dah dibuat budu
    Kena luku dek bapak benggali
    Taik kat perut dah tinggal sesudu

    Perbaiki tutur sebagai ulama
    Sesama islam harus berbaik
    Jangan jadi pelacur agama
    Agama bukan bahan politik

    Bercakap hanya benda yang mampu
    usah dekati yang anti islam
    Pisau karat janganlah nak merapu
    Membela Parti yang telur didalam

    ReplyDelete
  3. MANA DIA PEJUANG2 HUDUD? AWAT SUNYI SEPI JE? TAKUT? MASIH ADA HATI BERTAHALUF SIYASI DENGAN SI KAFIR HARBI? NAMPAK BODOH SANGAT KAN? HAHAHA

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.