HOT : JOKER MENCARI BATMAN DI ALAM NYATA..


Denver – Seorang lelaki bertopeng dikenali sebagai James Holmes, 24 tahun merupakan seorang pelajar PHD yang tercicir dari Universiti Colorado.Dia telah membeli tiket wayang bersama ribuan penonton  sebelummelontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

“Kejadian ini menakutkan orang awam,” kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates. Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.


Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12. Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata dan kemudian menembak sesuka hati menggunakan 4 senapang berbeza dan dipercayai mengunakan sebanyak 6,000 peluru.

 

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi. Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru. Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters
HOT : JOKER MENCARI BATMAN DI ALAM NYATA.. HOT : JOKER MENCARI BATMAN DI ALAM NYATA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 4:10 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.