Tuesday, July 24, 2012



Mahu tahu siapa perempuan Asia yang paling cantik? Dialah Katrina Kaif (26), pelakon Bollywood yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Sexiest Asian Woman in the World oleh Eastern Eye, sebuah syarikat penerbitan yang berpangkalan di United Kingdom.

Si bom seks yang juga bekas kekasih pelakon Salman Khan (45) ini menyingkirkan Priyanka Chopra, yang berada di kedudukan kedua, diikuti Bipasha Basu dan Freida Pinto di peringkat kelima.

"Saya sangat gembira boleh masuk dalam senarai Estern Eye untuk kali ketiga. Inggris adalah tempat yang khusus bagi saya dan saya sangat bangga dipilih oleh mereka, "ujar Katrina menanggapi penobatannya.





Pemilihan Kaif sebagai perempuan terseksi dibuat berdasarkan data-data seberapa banyak para perempuan tersebut diambil gambarkan serta paling banyak diminta oleh penerbit filem dan peminatnya.

Sebagai maklumat, Kaif lahir di Hong Kong pada 16 Julai 1984 dari ayah bernama Mohammed Kaif asal Kashmir, India, dan ibu berdarah Inggeris bernama Suzanne Turquotte. Mereka semua merupakan warga Inggeris - TabekPuang



1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.