Monday, July 23, 2012


Satu ketika dulu EP pernah terdengar Fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah parti politik yang mengatakan suara wanita tu HARAM di dengar oleh orang bukan Muhrimnya....Ke mana hilangnya Fatwa itu?? 

Siapa kata UMNO menuduh...PAS memang sudah terdesak sekarang ni. Dulu bukan main memandang hina kepada golongan yang bergelar artis sehinggakan wayang kulit, mak yong dan seangkatan dengannya haram untuk dipersembahkan....Bukan setakat hiburan je diharamkan...suara Qariah yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pun haram untuk didengar...Begitu jumudnya PAS pada ketika itu...


Tapi sekarang apa yang sudah jadi...Ke mana hilangnya Fatwa itu..Dalam keadaan PAS terdesak...sekarang boleh pula menjaja suara wanita di seluruh negara...Dulunya artis-artis ini dianggap jijik oleh PAS..sekarang oleh kerana kemaruk nak menang Putrajaya, mereka yang dulunya jijik diangkat pula mertabat untuk dijadikan calon PRU kerana dahagakan pengaruh mereka... Jadi siapa yang hina siapa sebenarnya??


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.
Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.
“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.
"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu.Sinar

1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.