Friday, July 20, 2012


Kalau kita mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, selebriti itu kini memang sedang sibuk berdakwah dengan PAS....mungkin jalan yang paling senang untuk masuk ke syoorga bagi Abby Abadi setelah hidupnya ditimpa pelbagai masalah...
Agak menarik apabila  Abby Abadi telah menulis melalui Twitternya meminta pandangan tentang keadaan kini dimana ramai wanita zaman sekarang tidak menutup aurat dan ianya menjadi perkara biasa bagi mereka. Fuyoo...baru masuk PAS sudah berani nak tegur orang...macam Bob Lokman la pula...
“Kanapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?”
Ramai yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ni...kerana Abby masih belum layak nak mempersoal aurat orang lain oleh kerana sejarah silamnya yang juga dahulunya tidak menutup aurat...alhamdulillah sekurang-kurangnya dia dah tutup aurat...tapi nak mempersoalkan orang lain......hmmmm bukankah terlalu awal??...Abby ingat bila di diterima jadi ahli PAS seumur hidup syoorga sudah terjamin untuknya...
**EP nak tanya pada Abby...Kenapa dulu Abby tak terfikir nak tutup aurat dan bertudung...EP rasa Abby sendiri tahu jawapannya...Tak perlulah nak berpura-pura kononnya nak tahu....

Portal hiburan Murai hari ini juga memetik persoalan orang ramai tentang penghijrahan Abby Abadi yang dikatakan lebih berunsur politik berbanding mendalami ilmu agama itu sendiri.
Memetik tulisan artikel tersebut, apakah dengan penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan? Hmm.

13 comments:

Crapuscrap said...

~ ape masalah lu beb... teguran bg org yg tak sedor diri lg drpd yg telah diberikan hidayah... lu kalau anak bini lu tak tutup aurat dayus beb.. kalau ade yg mengajak kepada kebaikan lu dipersoalkan lu ni memang species bingai..!! ~

Anonymous said...

sekejap ajer...
nti nyesal la dia masok perangkap pasnate....
dh nyesal tak leh u-turn oiiiiiii...
nti kena jilat dek api neraka ciptaan pasnate....

kalo nk hijrah, bukan setakat baju ajer kenala seiring perbuatan dan pertuturannnnnnnn
barulah nama hijrah.
kalo takat hijrah politik tak payah kasi org lain tau....mmg dah nmpk lg bersuluh.

lps nie jaga2 la...
nti abg mat sapu bilik 121...
ha54x

Aliffnajmi said...

crap 2:50
Mengajak atau perli (aka menghina)?
Dari cara ayat dlm twitter tu, pendapat peribadi sy nampak abby ria' dgn hijrahnya dan tak berapa ikhlas mengajak kita kejln keredhaan Allah.

Soalan yg ditanyakan sbnrnya boleh dijwb sndri krn hanya beberapa bulan abby tinggalkan 'zaman jahiliah'nya tu... takkan dah lupa.

Alhamdulillah abby dah insaf. Namun abby harus sedar selain menutup aurat, lidah juga akan dihitung di padang mahsyar nti.

Anonymous said...

Crapuscrap
Kau ni bodoh ke apa? Kalau nak ajak orang berdakwah bukan itu caranya. Ajak cara elok. Bukan perli2. Macam lah dah kompem masuk syurga...

Anti PR said...

Ilmu baru sejengkal dah nak ajar org lain. Nanti ujud kerajaan langit spt kata Tantawi dlm bahas semalam. Dah tak laku baru bertaubat dgn Pas. Pak serban mulalah jilat bibir nak jadikan bini. Amalan mereka minum kopi jin..

Anonymous said...

Sebenarnya xda masalah pun nk tegur org walaupun dia masih baru...tegur ke arah kebaikan pun nk pertikai ke?

yee said...

sembahyang sampai lebam2 dahi dan sedekah amal berjuta-juta pun kalau benda asas seperti tak tutup aurat tak buat, tak kemana, jangan persenda hukum Allah swt, benda wajib tetap wajib bukan boleh ditangguh-tangguh. Apa salah kah kalau seruan dibuat ke arah kebaikan/kewajipan, kalau lembu-kambing tu pandai bercakap bahasa kita dan mengajak benda yang serupa, apa tak boleh ikut ke? Pada orang kat sini aku nak ulang sekali lagi, POLITIK=ISLAM, orang yang memisahkan dua benda ini akan menjadi ..., lu pikir lah sendiri. payah la kalau dah otak tu dah sebati dengan pemikiran talibarut tinggalan kuffar british.

yee said...

nanti ada le yang kata tutup aurat pun perangai jahat le, mulut jahat le, buat maksiat jugak le, then dia kata pula tak pakai tudung pun sembahyang tak tinggal, selalu buat amal. ni belajar dari ugama/kitab mana ni. kesian abby, cuba kalau masuk umno, mesti dapat publisiti gila-gila dan 'rezeki bertambah-tambah'.

Anonymous said...

Abby mantan/pelakon gelomur, tiap perkataan dan kelakuan tentu jadi perhatian dan dinilai masyarakat. tidak macam aku tukang sapu...
Silapnya semua artis-artis kerana mengguna peluang melalui media untuk (tambah dikenali)orang kata luar + dalam makan semua = belum wujud keikhlasan untuk memainkan peranan sebagai pendakwah (sampah /HAMPas /abu ).

RENUNGKANLAH: Setiap manusia itu binasa, melainkan yang berilmu, orang yang berilmu pon binasa, melainkan yang beramal, orang yang beramal pon binasa, melainkan yang IKHLAS.

BELUM ada manusia lahir hari ini, esok dan bolih berjalan!!! semacam trend hari ini, sesiapa yang dah terkenal, daftar jadi ahlul pas bolih diiktiraf macam ustaz dan ustazah siap kehulu hilir siang BERCERAMAH. Satu hari bekas penyanyi PULANGLAH datang berceramah dikampong aku; yang ramai adalah langau-langau dari pengikutnya juga, orang kampong aku walau tak berapa belajar tinggi, tapi semua celik DUNIA dan tau perkembangan politik tanah air, si bekas penyanyi ni MERAPU, MERABAN nak cakap soal politik dan kebajikan rakyaat///diri sendiri pon tak ke haluan...AGAKNYA DAH KENYANG MELANTAK KERANG. Kalau kail cuma sejengkal, usahlah nak duga samudra yang luas, lebih baik tidur dan jagalah anak biar jadi manusia berguna.

Anonymous said...

Orang kalau ikhlas menutup aurat.. Bukan begitu cara tegurannya... Bila kita berhijrah ke arah kebaikan jangan melihat semua oranglain tu jahat belaka... Doakan yang baik2 utk org lain dan jangan mempersendakan mereka.

Bollywood Girls said...

Plz you visit to

Namitha at Cinemaa Awards in Green Saree

huda said...

x salah abby nak tgur nak bertanya dan berkongsi pendpt.. tp soalan nya tu, mgkin dia sndri tau jwpn nya sbb dia dahulu nya juga pnh bgtu. mgkin dia tau..

Udin said...

abby kena adjust ayat dia...

Ajak dulu mereka yang tak pakai tudung ni... nyatakan kelebihan bertudung... bukan perli guna dosa pahala... orang yang tak faham konsep dosa pahala ni akan terus menolak dakwah cara ni...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.