Friday, July 27, 2012



Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.

Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata, sekiranya ada di kalangan artis yang baru bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

"Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya.

Malah terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej selain turut menyertai parti politik pembangkang.

Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.



“Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Tak fahamlah..kenapa artis yang behijrah mesti nak masuk politik? Bukan ke lebih baik masa yang terluang tu digunakan untuk menuntut ilmu dan muhasabah diri tentang dosa2 yang lalu.
Islam itu indah, jangan jadikan ianya suatu bebanan

Anonymous said...

BABY LESTARI NI MEMANGG... BODO PIANGGGG,TAK SANGKA PULA AKU,DULU AKU SUKA SIRI GERAK KHAS KERANA DIA JE...SEKARANG NI MAAFLAH,DAH JADI POMPUAN JALANAN PAS,APA ADA NILAI LAGI. MEMANGGG BODO BUDAK NI. KALAU NAK MASUK PAS MASUK LAH APA SUSAH,YANG HANG NAK MELALAK ATAS PENTAS BULAN KATA SEMUA UMNO BN KERAJAAN TAK BETOI PASAI APA. JGN LA NAK SALAHKAN ORANG PULA BILA KISAH KISAH HANG GAMBAR GAMBAR HANG DLM PELUKAN SIAPA SAJA TERPAMPANG KAT BLOG SAPA SAPA.... LAIN KALI SENDIRI MAU INGAT. APA PUNYA BODO HANG NI BABY LESTARI.APA HANG INGAT DAH BOLEH MASYUK SYURGA KA,YANG AKAN MASUK SYURGA TU LIM KIT SIANG DAN GUAN ENG BUKAN HANG BUKAN NIK AZIZ, DEPA DAH PUN BERADA DLM SYURGA SELAGI ORANG ISLAM MACAM HANG DAN MACAM NIK AZIZ DOK SOKONG,SYURGA DUNIA MEREKA LA.... HEHEHE .... ABBY AMAT KETARA SEKALI KEBODOHAN SEORANG BEKAS PELAKUN MCM HANG NI. PAS TU CERAMAH PUN ENTAH APA2. SEBENARNYA SEMALAM KAU DAH LUAHKAN KEKESALAN....HAHAHA KAN AKU TAU.

Anonymous said...

KALAU ILMU XSEBERAPA,JANGAN NAK SEBUT PASAL TOK GURU... BUKAN AKU NAK TAKSUB PADA TOK GURU,TAPI CUBA KITA BERAPA KERAT JE GOLONGAN TOK GURU SEKARANG. DALAM UMNO SERANG PUN XDE UANG LAYAK DIGELAR TOK GURU.. YANG TAK TAHU HUKUM HAKAM AGAMA BANYAK LA.. MEMALUKAN....

Anonymous said...

sapa yg iktiraf dia tok guru..byk lg mufti yg lbih tinggi ilmunya ...buat sek pondok sndiri,buat soalan sendiri,hantar luar negeri sendiri,balik malaysia,jadi ulamak..mudahnyaaaa

Anonymous said...

Nik aziz tok guru syaitan boleh la

Anonymous said...

TAU KE TUAN TUAN...BAGAIMANA NIK AZIZ DIPANGGIL TOK GURU....IA ADALAH PADA AWAL TAHUN BELIAU JADI MB KELANTAN..DIMANA ARAHAN DIKELUARKAN OLIH PEJABAT MB UNTUK MENGARAHKAN SEMUA SURA MENYURAT KEPADA MENTERI BESAR MESTILAH DI MULAKAN DENAGAN GELARAN TUAN GURU...INI SALSILAHNYA..BUKAN KERANA LAIN...BUKAN KERANA BUAT PONDOK KE APA....TOK GURU APA KALAU YANG HAQ DAN BATIL TAKDAPAT DIKENALI...PELIWAT TEGAL PUN TAK DAPAT NAK DIASINGKAN DENGAN ORANG YANG BAIK MUKMIN

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.