HAT : NIK AZIZ BENGANG DENGAN TANTAWI KERANA MALUKAN PAS....??


Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS, ustaz Nasruddin Tantawi supaya ustaz Fathul Bari mengemaskini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dalamkenyataannya dalam New Straits Times (NST) hari ini masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.
“Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini, saya agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud)
“DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.
“Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti ‘kami menerima’..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemaskini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,”kata ustaz Fathul Bari.
Karpal Singh seperti dilaporkan NST menyatakan kemarahan melampau apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi telah menyarankan bahawa beliau telah bersedia untuk mempertimbangkan undang-undang itu di negara ini dalam debata politik anjuran Sinar Harian, 19 Julai.
“Saya tidak akan bertolak ansur,” kata Karpal dalam satu temubual telefon dengan akhbar New Straits Times.
“Saya sentiasa dikenali umum dan mutlak dengan pendirian saya bahawa tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini … bagaimana pula boleh dia (Nasrudin) mendakwa perkara seperti ini?” katanya yang terkenal sebagai pembangkang kuat untuk sebarang percubaan memperkenalkan undang-undang Islam di negara ini. - AIDC
HAT : NIK AZIZ BENGANG DENGAN TANTAWI KERANA MALUKAN PAS....?? HAT : NIK AZIZ BENGANG DENGAN TANTAWI KERANA MALUKAN PAS....?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:01 AM Rating: 5

8 comments:

  1. Ustaz Nasrudin xyah la nak politik sangat.. Jgn jadi ustaz yg menjual agamanya untuk sedikit keuntungan politik..

    ReplyDelete
  2. Apa tindakan PAS dalam isu ini?
    [A] Marah Tantawi kerana keluar statement bodoh
    [B] Marah Tantawi kerana seru nama Karpal
    [C] Marah Tantawi kerana kalah debat
    [D] Marah Fathul Bari sebab buat perangkap isu ‘over my dead body’
    [E] Marah UMNO sebab Karpal hidup semula

    Mungkin akan ada 100 lagi pilihan yang PAS boleh fikirkan, tetapi aku percaya PAS tidak akan pertikaikan walau sepatah apa yang diperkatakan Karpal, baik dulu, kini atau selamanya.

    ReplyDelete
  3. Kesian Tantawi. Nak tunjuk jaguh last2 Allah SWT bayar cash tunjukkan kebodohan dia ke serata alam. Org mcm nii nak lead negara? Nak lawan mat tempang tu pun tak mampu. Harap serban jer besar tp otak sebesar hama.

    ReplyDelete
  4. pas xkan buat hudud walau pun dia memerintah..percayalah ni semua mainan politik jer..nak buat hudud kena adil hati bersih xda sifat hasad dengki ikhlas kerana allah..rasa2nya semua tu ada pada pas ker?? bukan hanya pas.. tapi semua tu xda pada semua pati politik di malaysia..sebab tula hudud sukar di laksanakan.. kalau pas laksanakan jugak dengan sifat2 tadi masih menebal dlm pas.. maknanya bakal ada org yg terinyaya....

    ReplyDelete
  5. Inilah kehebatan debat yang golongan Fuckatan agung-agungkan. Dah nampak kebenaran??? Masih nak duduk bawah tempurung lagi ye.......

    ReplyDelete
  6. ..langkah mayat ..ayat itu tersangat pedas untuk diterima ..kita sebenar nya takut dengan bayang bayang sendiri ...!

    ReplyDelete
  7. ..sekiranya pakatan menang ( PRU 13) nanti..kita terutama orang Melayu terima musibah nya ..Sebenarnya kerusi DAP lebih banyak berbanding PKR dan PAS ..3 negeri Kelantan & Kedah Majoriti Melayu tak apa lah ...Penang ( maaf cakap)orang melayu ....sorrylah ...Fikir2 kan lah !

    ReplyDelete
  8. Jangan cakap takpe takpe lah... Bro... Jangan fikir PAS jaga Kelantan dan Kedah kira dah ok!. Jangan ingat majoriti Melayu kat 2 negeri tu, kita dah boleh hidup selesa, atau 'sejahtera', atau 'berkebajikan'. Memang Kelantan dah bolot semua rekod untuk Guiness Book of Malaysian Records, tapi Kedah tak ketinggalan.

    Sempena bulan puasa ni aku cerita 1 saja. Tahun sudah Uztaz Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah kononnya nak redakan sikit sambutan hangat kat kelab2 hiburan di Kedah, nak tutup sementara di bulan Ramadan. DAP yang tak ada potfolior pun dalam EXCO bantah keras. Akhirnya arahan ditarik balik.

    Tahun ini??? Aku cadangkan bagi hadiah kat kelab hiburan yang dapat sambutan paling hangat. Malam menjelang Syawal tu, buat promosi ‘everything on the house’, KERAjaan PAS Kedah sponsor. Kira promosi ‘pelacungan’ le tu…

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.