Tuesday, July 24, 2012


Tahniah kepada puak-puak Ambiga kerana berjaya menghalalkan BERSIH sebagai satu pertubuhan yang sah...cuma EP agak myuskil dengan berita yang di spin oleh HARAKAH (lidah fitnah rasmi PAS) yang menuntut supaya Perdana Menteri dan Menteri KDN memohon maaf kepada peserta yang menyertai perhimpunan BERSIH...

Mengikut berita yang dilaporkan oleh Harakah...

Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.
Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Manakala dalam laporan Malaysiakini pula menyatakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram' dan penghakiman langsung tidak menyebut tentang perhimpunan HARAM BERSIH 2.0..


Jadi EP nak tanya pada Harakah..adakah jika pertubuhan itu diiktiraf sah maka perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan itu juga dianggap sah...Pada pendapat EP apa yang cuba dilakukan oleh Harakah ialah untuk mengelirukan rakyat dengan memutarbelit fakta...Mahkamah hanya membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Langsung tidak menyebut perhimpunan yang dianjurkan....Jadi sudah-sudah la nak menipu rakyat pun...

2 comments:

QalamQabut said...

Bermakna Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) boleh disaman untuk tuntutan gantirugi. Kan?

Anonymous said...

JIKA ENTITI ITU SAH..MAKA PASTI ADA PEMILIK. JADI MEMANG BOLEH DISAMAN DENGAN JAYANYA. CUMA YANG MUSYKILNYA ADAKAH SUDAH BERDAFTAR DGN PENDAFTAR PERTUBUHAN? JIKA BELUM, MENGAPA TIDAK HARAM? CONFUSE...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.