Wednesday, July 11, 2012

BLOGGER NINJA MATI DITEMBAK!!



 

 
Memang hangat apabila empunya blog Jayanegara adalah milik kepada Khalil Afandi lelaki yang mengamuk di JPM Putrajaya baru-baru ini. Menurut sumber, lelaki yang bersenjatakan samurai ini adalah pengikut kepada ajaran sesat. Lebih teruk lagi dia menggelarkan dirinya sebagai Iman Mahadi. Ideologi untuk menjatuhkan kerajaan turut ditulis dilaman blog beliau untuk mempengaruhi minda sesetengah pengikut. Akibat tindakan beliau menyerang polis, lelaki tersebut ditembak mati. Turut serta seorang wanita berjubah yang turut cedera parah akibat tembakan.





 
 
PUTRAJAYA: Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.

Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu. - bernama
** EP dengar blogger ni adalah kawan baik Milo Suam, dan dia disyaki berkomplot dengan Milo Suam. Harap pihak polis dapat siasat siapa yg berkomplot dengan perancangan jahat ini

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.