Monday, June 11, 2012


Pembatalan kes saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini tidak ada kena mengena langsung dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin seperti yang didakwa oleh beberapa media puak-puak pembangkang kerana bukti-bukti yang telah diperolehi dan dikumpul itu belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. 
EP harap rakyat tidak akan termakan kata-kata media puak-puak pembangkang yang semestinya akan memutarbelitkan keputusan mahkamah dan mendakwa Lim Guan Eng didapati tidak bersalah. Apa yang sebenarnya berlaki ialah pembatalan kes saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyailocus standi bukannya disebabkan bukti yang tidak benar...
Ikuti temubual Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bersama media UMNO...


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melahirkan rasa dukacita namun menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi hari ini apabila saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak kerana tidak mempunyai lokus standi untuk memulakan saman tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memutuskan bahawa Zainal Abidin yang dinamakan dalam writ saman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak diberi kuasa untuk memulakan saman selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana beliau bukan seorang pegawai awam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kita amat berdukacita namun tetap menghormati keputusan mahkamah yang telus ini. Dalam erti kata lain, sebenarnya hanya Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Ab Rauf Yusoh sahaja yang boleh mengemukakan saman.
“Oleh itu, kita akan bawa perkara ini semula untuk semakan kehakiman ke mahkamah rayuan. Selepas itu kita akan melihat dan menilai samada untuk teruskan atau kemukakan semula saman di bawah pegawai awam. Apa yang pasti, kita telah dimalukan, dihina dan diaibkan oleh Guan Eng. Oleh itu, kita mengemukakan saman ini untuk menuntut keadilan.
“Tetapi kerana kesilapan teknikal, saman kita ditolak. Kita tetap akan teruskan saman ini selepas melakukan semakan kehakiman,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu tambah Zainal, penolakan kes saman ini secara tidak langsung jelas membuktikan bahawa tuduhan pembangkang bahawa sistem kehakiman negara ini dipengaruhi kerajaan dan UMNO adalah tidak benar sama sekali.
“Kita lihat, saman Guan Eng terhadap Utusan, Utusan kalah sedangkan mereka menuduh Utusan adalah surat khabar yang dikuasai oleh kerajaan dan UMNO.
“Kali ini, saman kita pula ditolak. Perkara ini jelas memperlihatkan sistem kehakiman kita adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti tuduhan mereka. UMNO tetap hormat dan tidak mempertikaikan keputusan mahkamah ini walaupun kita terkilan. Tetapi, sekiranya perkara ini terjadi sebaliknya, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerimanya dan menuduh UMNO menggunakan pengaruh untuk menguasai keputusan mahkamah.
“Apabila mereka menang kes ini, tidakpun mereka nyatakan bahawa sistem kehakiman berat sebelah malah mereka tidak berterima kasih atau meminta maaf kerana telah memburukkan sistem kehakiman sebelum ini. Inilah sikap pembangkang yang tidak telus dan hanya mementingkan kepentingan mereka semata,” ujarnya lagi.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini telah memfailkan saman sebanyak RM 30 juta pada 24 Okt 2011 dengan menamakan Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai 2011, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai.
Zainal Abidin berkata kenyataan Lim yang antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau didakwa Lim melakukan perkara tersebut melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011.
Beliau berkata pada 18 Ogos tahun lalu, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggungnya di hadapan sekumpulan wartawan, yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.
Zainal Abidin berkata antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.
Beliau menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. – MediaUMNO

1 comments:

Anonymous said...

Bukan mahkamah leh buang kes selalu...

Bewak ni nasib baik jer kot...

Pejuang hamas...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.