HOT : TUAN IBRAHIM MALU DENGAN NAJIB KERANA TUDUHAN INI...??

Semalam Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS menggesa Perdana Menteri bagi memberi jaminan bahawa pilihanraya umum ke  13 tidak diadakan pada musim Haji.
Beliau mempersoalkan wajarkah pilihanraya diadakan pada musim Haji sekalipun hak Perdana Menteri menentukan tarikhnya bila-bila masa.
Alasan beliau agar mereka yang hendak tunai Haji dapat pergi dengan tenang dan tidak dinafikan hak mengundi.
Juga jelas beliau kenyataannya tentang tangguh haji itu spesifik ditujukan pada calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya sahaja.
Rasanya kita tidak perlu berceramah kepada Tuan Ibrahim bahawa prinsip asasnya di sini ialah menjadi hak perogratif ekslusif seorang Perdana Menteri tak kira siapa pegang jawatan itu membuat perkiraan beliau sendiri bila hendak mengadakan pilihanraya.
Apakah Ketua Penerangan PAS itu tahu pasti Najib akan mengadakan pilihanraya pada musim Haji kali ini ?
Jawabnya tentu tidak.
Bagi yang celik melihat nawaitu tersirat Tuan Ibrahim dan pemimpin PAS yang kini sibuk cuba jadi ini satu isu dirasai  tidak lebih untuk mengambarkan bagaimana jijiknya taktik politik Najib dan BN yang tidak mempedulikan soal rukun Islam kelima ini kerana hendak menang pilihanraya.
Seperti biasa taktik pembangkang ialah 'tembak' dulu.Yang penting persepsi jahatnya BN harus disebarluas.
Sekurang-kurangnya kalau betul nanti pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji mereka dengan bangga akan mendabik dada ini semua semata-mata kerana desakan PAS.
Sebagai orang politik ,sekali lagi kita kena tepuk bahu Tuan Ibrahim atas kebijaksanaanya cuba membelit Perdana Menteri.
Ia ibrat sambil menyelam minum air.
Sekurang-kurangnya kalau nasib baik mereka dapat menjerat Najib.Maksudnya kalau Perdana Menteri kata pasti tidak ada pilihanrya musim Haji antara Oktober hingga November mereka sudah dapat gambaran lebih jelas bila pilihanraya hendak diadakan.
Maka waktunya antara Disember hingga ke April yakni waktu penamat.
Itu sudah masuk bab strategi politik.

Lagi pun satu hakikat yang tunai Haji pada musim Haji bukan orang PAS sahaja tetapi juga libatkan orang UMNO,PKR dan macam-macam parti lain.

Juga sebagai orang politik,ada juga yang berpendapat apa perlunya Najib melayan jerit pekik PAS yang jelas bercampur aduk nawaitu politik itu.
Dosa apa yang beliau sudah buat semata-mata kerana tidak bagi jaminan pilihararaya tidak diadakan pada musim Haji.
Siapa tahu mungkin dalam pemilikirannya sendiri Perdana Menteri sudah diambil kira tentang faktor musim Haji.
Soal beliau hendak cakap atau tidak mengenai bab itu ia adalah hak ekslusif beliau.
Tuan Ibrahim  tahu kalau Haji Hadi sekalipun Perdana Menteri tiada siapa yang boleh ambil tindakan undang-undang di mahkamah kalau beliau gam mulut tidak mahu cakap.

Hak tetap hak.

PAS pasti kata kalau Haji Hadi Perdana Menteri tentu beliau akan cakap pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.

Itu kerana beliau bukan Perdana Menteri jadi mereka boleh tibai cakap ikut suka hati macam pembangkang dok janji nak bagi bulan bintang jika tawan Putrajaya.

Pokok pangkalnya pilihanraya ke tidak pilihanraya...menunaikan Haji ialah rukun Islam.
Jadi isunya di sini dimana PAS letakkan keutamaan?
Oppss nak buat macam mana...memang susah nak salahkan PAS.Hidup mereka kini terlalu mengidam hendak ke Putrajaya hingga diselubungi oleh nafsu serakah tidor tidak lena mandi tidak basah mengenangkan pilihanraya.
Ini baru cakap bab desakan PAS pada Perdana Menteri.
Hipokasi PAS dan pakatan pembangkang sudah melimpah ketahap hidung.Ini  jelas dapat dilihat kalau bercakap bab desakan NGO atau penyokong kerajaan pula terhadap isu yang mereka tidak pedulikan dan tidak mahu layan langsung selama ini.
Cuba tanya PAS mengenai isu kabinet bayangan pakatan pembangkang....jawabnya bisu.

Bukankah semua orang hendak tahu bab itu agar dapat membuat penilaian awal keatas barisan pimpinan mereka sebelum buang undi.

Mereka nampaknya cukup gabra tentang hal ini kerana ia sesuatu yang 'tak settle'.
Cuba tanya PAS tentang isu penyokong mereka yang mengadakan mini-himpunan Bersih di Madinah dan Mekah hingga mencetuskan kemarahan kerajaan Arab Saudi dan mengugat kuota Haji Malaysia.
Jawabnya...juga bisu.
Nasib baik kerana hubungan baik kerajaan Malaysia-Arab Saudi hal ini dapat diredakan.
Siapa nak jawab jika ditakdirkan Arab Saudi berkeras dan kurangkan kuota Haji Malaysia musim ini kerana isu itu.
PAS tentu gali lubang untuk sembunyikan diri kerana cukup sedar isu itu lebih menyakitkan hati orangramai.
Cuba tanya tentang isu rakaman perbualan telefon miang dan bernafsu antara Timbalan Presiden Mat Sabu dengan isteri orang, Normah satu ketika dulu yang tersebar di internet.

Ramai yang geli geleman mendengarnya.

Kecut...siapa berani jawab.

Jangan kata itu isu sudah lama kerana ia mengambarkan watak dan perilaku orang nombor dua parti itu.

Cuba tanya PAS tentang ada dia kisah tentang desakan agar diadakan siasatan terbuka keatas isu video seks 99.9 peratus tulin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam bab ini Haji Haji jawab mudah saja...video besi tak boleh jadi bukti.

Jawapan berkenaan pasti akan membuat mana-mana Hamba Allah yang ada akal fikiran waras tertanya pada diri sendiri  kenapa ada orang boleh perbodohkan aku sampai begitu sekali.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan.
Soalnya apa perlu layan desakan PAS kalau parti itu sendiri mengambil sikap 'bo-layan' desakan orang lain dalam mencari kebenaran.
Senang cakap...Tuan Ibrahim dan rakan-rakannya kena pergi ke cermin di dinding dan bertanya balik ' apa istimewanya aku ni ' - 14/6/2012
HOT : TUAN IBRAHIM MALU DENGAN NAJIB KERANA TUDUHAN INI...?? HOT : TUAN IBRAHIM MALU DENGAN NAJIB KERANA TUDUHAN INI...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:37 AM Rating: 5

5 comments:

  1. haiiii.. apa punya pendek akai nie... ingat orang PAS saja yg pi haji agaknya....

    ReplyDelete
  2. Bang man siapa yang cakap PM nak adakan PRU 13 pada musim haji,ada ke PM cakap macam tu.Dah sah kau cakap ikut sedap mulut.lepas tu esok lusa bila PM tak bubar pada masa musim haji kau canang la pulak kata * dengar cakap kau.dan lagi satu kau ingat semua orang yang pergai haji tu penyokong PAS ke....podah.

    ReplyDelete
  3. kalau tiada angin,masakan pokok boleh bergoyang???

    ReplyDelete
  4. Kalau takut terlepas mengundi cukup la sekadar pergi ke serambi saja(kelantan)...

    Syurga parti anjing sesat pun berjiran dgn serambi jer...

    Bleh balik memgundi anytime...

    Pejuang hamas...

    ReplyDelete
  5. Untuk mengenali pemimpin!
    Pemimpin yg berwawasan sempit,hanya mampu bercakap perkara kecil,macam POK HIM ni le.
    Belum pernah dengar dia bercakap perkara besar utk kepentingan raayat.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.