Friday, June 1, 2012


Kelmarin Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok.

‘‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya.

Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika tidak benar DAP kena buat report polis. Dakwaan itu cukup serius.

Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan ini, mungkin saya pun akan kena saman, kerana saya turut memfitnah.

Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa dekat pilihan raya ini.

Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan ‘budak’ hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu.

Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi pun mahu disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk ‘menyogoknya’ pula ialah setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari.

Sekali lagi saya tak percayalah Guan Eng yang kononnya mengaku bersih buat kerja macam itu. Entah-entah banyak lagi yang dia buat, tapi kita tak nampak?

Nak dekat-dekat pilihan raya ini banyak pula perkara yang tidak disangka-sangka terkeluar. Kan Allah itu Maha Kaya.

Oleh itu, Saudara Guan Eng atau bapanya Kit Siang, janganlah takbur sangat. Kita tahu kamu semua bukannya bersih sangat, tapi mengaku seperti Saidina Umar Abdul Aziz.

Kita juga tahu kepala-kepala dalam Pakatan tu bukan bersih sangat. Ada antaranya ialah pencetus politik wang dalam UMNO dulu. Yang menjadi pelopornya pun ada.

Tapi apabila berada dalam Pakatan dia pandai berlakon. Sebelum orang tuduh dia, lebih baik dia tuduh UMNO dulu. Itu namanya reverse psychology atau psikologi songsang. Semuanya mahu disongsangkan. Saya tidak salahkan dia juga, kerana UMNO gagal bermain dengan psikologi macam itu. Siapa yang pandai, dialah yang menang.

Tapi semua kita tahu, Pakatan bukan bersih pun. DAP pun bukan bersih pun. PKR toksah cakaplah. Kebanyakan mereka dulu dalam UMNO. Di Selangor pun kita dengar bukan bersih pun. Macam-macam hal, hanya UMNO yang tak tau bongkarkan.

Saya tak cakap UMNO itu bersih, tapi Pakatan pun sama. Namun saya masih tak percaya DAP mahu sogok Tunku Aziz dengan RM50,000.

Saya berharap DAP buat satu laporan polis ke atas Tunku Aziz dan SPRM pula jangan buat tak nampak saja. SPRM pun kena buat kerjalah. Tunku Aziz dah buat sidang akhbar secara terbuka semua orang dengar.

Dulu SPRM pernah berkata, khabar angin pun mereka akan siasat. Saya memohon SPRM siasatlah dakwaan Tunku Aziz itu benarkah Guan Eng melalui budak Zairil itu cuba menyogok Tunku Aziz sebanyak RM50,000.

Saya tidak pasti apakah sogokan RM50,000 itu untuk setiap sebulan, setahun atau sekali gus sahaja. Detail itu SPRM kena tanya dengan Tunku Azizlah.

Baru-baru ini, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR juga pernah berkata, wang RM50,000 yang cuba disogok kepada Tunku Aziz itu ialah politik wang.

Katanya: ‘‘Saya fikir perkara itu harus dibawa ke pengetahuan SPRM. Ia adalah satu cubaan untuk membeli seseorang supaya kekal dalam parti.’’ (Baca Rocky’s Bru, Khamis 17 Mei)

Namun, sehingga kini dan sehingga kenyataan terkini Tunku Aziz kelmarin, SPRM masih belum angkat punggung.

Apa sekali pun saya masih kurang percayalah. DAPkan sebuah parti Demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan perasaan, kebebasan media dan kebebasan segala-galanya. Tapi saya hairan jika bebas mengapa mahu diboikot media tertentu, termasuk Utusan yang lantang bersuara mengkritiknya?

Jika bebas, mengapa pula, apabila Tunku Aziz mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih, dia pula dihukum?

Yang saya tahu PAP dan Lee Kuan Yew sahaja yang berperangai begitu. Di bawah sana pembangkang kena kunci mulut. Kalau tidak, kena saman sehingga bankrap. SETERUSNYA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.