HOT : MARAH BETUL GUAN ENG....KENAPA YE??


Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerima hakikat bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan sokongan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan yang diperoleh itu bukan dicapai dalam masa singkat, sebaliknya memakan masa lebih 50 tahun sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Menurutnya, semua itu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat meskipun negeri ini dikuasai pembangkang.

"Ini bukan cakap politik tetapi ini fakta. Mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyatakan kebenaran bahawa Pulau Pinang maju sebab sokongan BN.

"Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kena beri insentif. Siapa yang sokong kalau bukan kerajaan BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 pekerja industri di sini hari ini.

Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat telah melabur dalam jumlah besar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Antaranya, jelas beliau, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Pada perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kemasukan pelabur asing juga membolehkan banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Advanced Micro Devices Export Sdn. Bhd. (AMD) dan Fabtronic Sdn. Bhd. untuk menyediakan latihan kepada para siswazah.
HOT : MARAH BETUL GUAN ENG....KENAPA YE?? HOT : MARAH BETUL GUAN ENG....KENAPA YE?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:01 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Yang aku heran pasai apa negeri P.Pinang saja yang tok2 Menteri dok focus.Depa Peneng ni dah senang lenang.Sebab tu jadi macam kacang lupa kulit.Aku minta jengok kami di utara ni yang dah lama dok sokong BN.Aku minta buatlah satu pelabuhan di Perlis.Laut tenang terlindung Pulau Langkawi.Highway dah rapat kepantai. Laut cetek bukan masaalah,bolih buat jalan ketengah saperti BCT(bulk cargo terminal) di Penang.Kami disini Perlis danKedah utara (kodiang, jitra,canglun, sanglang)ingin jika pelabur luar datang melabur disini. Baru ekonomi kami melonjak macam Penang. Tanpa pelabuhan kami mati ditakuk lama,tak ada sapa pun teringin nak melabur. Syarikat mana nak melabur kalau pelabuhan nak bawa keluar barang tak ada? Nak kantar ke pelabuhan Penang tentu rugi kos transport. Tak berbalui dengan harga minyak sekarang.Dulu ada la satu ,dua kilang tapi semua dah cabut ke Penang ,Perak atau Kelang.Jadi kami semakin lama semakin miskin,dok harap sedekah kerajaan pusat.Anak cucu makin ramai, periuk nasi dok besar tu juga. Jadi kami sini harap jengok2lah.Jangan dok tambat hati negeri yang dah pun kaya. Pas tu sombong pula.

    ReplyDelete
  2. Bukan semua kaya kat penang sekarang...
    InsyaAllah giliran negeri tuan akan diberi peluang...

    Bab kacang or pinut in english ni aku rasa perlis pun sama jugak...

    PINUT!!! OH MY ENGLISH...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. x ada senang lenangnya kat Penang nie...
    orang melayu nk cari kerja pun payah..
    sbb sapa.. Guan Eng punya pasal ma~~ utamakan kaum china... and wa ckp sama lu... chiness people x respet sama Melayu lo~~

    ReplyDelete
  4. LGE lintah darat.. Miskinkan Melayu...

    NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.