Monday, June 11, 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Karpal memegang rahsia stor kunyit Anwar...

ZoRRo...

Hahn said...

Anuwar jadi Presiden Malaysia yang pertama lepas jadi PM sementara.

Semasa jadi PM tu Anuwar lingkupkan apa yang patut: Hapuskan Raja Melayu, Hapus hak bumiputera.

Dah buka jalan bagi PM Dap baru Anwar bersemayam di Istana Presiden. Macam presiden boneka Singapura Yusof Ishak.

Duit note RM500, RM1,000 pun telah sah di perlakukan. Makin gumbira si Ketua penipu yang di tipu DAP/PAP kerana menipu Melayu.

Oh ya hampir terlupa parti LGBT iaitu Parti Angkara Sumbang. PAS. Susah juga mana nak Letak anjing DAP ni dalam plot Republik Malaysia. Anjing liar selalu tembak jer.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.