Wednesday, June 13, 2012


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin diingatkan supaya bertindak bijak bagi memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak  terjejas.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam.

"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.

Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.

"Yang paling  menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang  menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.

"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.

Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.

Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.

9 comments:

Anonymous said...

Mungkin rakyat Malaysia sudah lupa sejarah KJ masa zaman Pak Lah ... mungkin apa yg berlaku skrg populariti KJ dirancang dgn kerjasama PRakyat (debat contohnya dgn Ambiga n Rafizi) utk memastikan KJ mendapat tempat dlm PRU13 ... semuanya adalah satu andaian ... Melayu Mudah Lupa.

Anonymous said...

Mungkin IYA mungkin TIDAK.

Anonymous said...

Setakat ni, kesemua PM pernah menjadi Menteri Pelajaran, kecuali Tunku Abdul Rahman.
Untuk rekod, Mahathir dan Paklah tidak pernah jadi ketua pemuda.

mk said...

Berhati apabila dengar semboyan orang yg dah tak laku dipasaran politik... mereka ini beradu domba.. agar politik dalaman menjadi rancak dan duit bertukar tangan...akhirnya dia dapat tumpang sekaki dan UMNO ditolak Rakyat....

Sikitol memang hidup setiap zaman.. berhati hatilah...
Pemidatohan KJ amat baik tapi politik bukan hanya pandai pidato... apatah lagi jadi PM.
Kisah Pak lah merundum sebakan KJ masih jelas igauan kepada Rakyat..Jadi sikitol ni punyai maksud tertentu utuk mengaitkan KJ sebagai PM masa depan...IKATAN (parti mamak) sedang menunggu orang berpengaruh masok untuk bawa pengikut... Ini cara halus untuk sampingkan Najib yg telus untuk rakyat biasa......

Team Media Selangor said...

Salam Tuan,

Mohon Link blog TMS

http://teamediaselangor.blogspot.com/

Anonymous said...

Alangkan pantai lagi berubah inikan pulak si KJ..apa apa pu masa menentukan...untung sabut timbul untung ..jawablah sendiri...second chance to him...

Mr.PiNGu said...

erm.. layak ke KJ... masih raami yg ingat kisah beliau semasa zaman pak lah.. rasa sy kj belum layak jd PM

Anonymous said...

Pesanan aku ialah jgn diikut perangai syaitan(anuwar iblahim)...

Pejuang hamas...

Anonymous said...

Ko orang perhatikan Perangai burok Zam..!

Dahlah...membuat rakyat mualkan UMNO dizaman dia menteri TV.

Sekarang .. sawan dia dah bertunas balik... buat UMNO berkocak sesama sendiri untuk jawatan.....

Asal mamak... tu sikitol jua......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.