Wednesday, June 6, 2012


Syukur Alhamdulillah kerana MiM dapat menyambung semula perjuangan menentang kebobrokan pihak pembangkang setelah dihack oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

2 hari yang menyakitkan hati ini kerana ada pihak yang takut dengan blog Dr MiM dalam usaha MiM menegakkan kebenaran, melawan kejahatan dan fitnah politik yang dicanang-canangkan oleh pihak lawan. 

Taktik penakut ini sangat memualkan.

MiM mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan MiM yang prihatin dengan masaalah yang dihadapi oleh blog ini. Mereka terdiri daripada rakan bloggers Penang, Empayar Pemuda, Media Permatang Pauh, Pisau.net, Generasi Pejuang Bangsa, Mat Kilau Penang, Keris Pusaka dan rakan Facebookers.

Perhargaan MiM kepada rakan blogger Din Turtle - Blogger Parti Melayu kerana yang pertama menghubungi MiM tentang isu blog MiM ini.

MiM juga mengucapkan terima kasih kepada blogger Tun Faisal, Papa Gomo, Parpukari, Gerakan Anti-PKR, Double-Y, Keris 7 Lok, Brader Jai dan ramai lagi yang prihatin, menanya khabar serta membantu MiM. Thank you for the bottom of my heart!

Dalam masa yang sama, 2 hari ini juga telah mengajar MiM bahawa lawan tidak semestinya daripada parti pembangkang itu sendiri tetapi juga opportunis yang mengambil kesempatan di atas apa jua cara untuk rule and divide pasukan sedia ada di dalam parti.

Opportunis ini mempunyai jawatan dalam parti tetapi bersikap terlebih pandai dan melanggar authoritypihak yang telah diberi tasking dan tanggungjawab sesuatu tugas.

Walaubagaimana pun, MiM akan bersikap rasional tentang isu ini kerana yang penting sekarang ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh MiM. Itu yang lebih utama!

Dalam kesempatan ini, MiM mengucapkan terima kasih kepada Dato' Zainal Abidin Osman, Dato' Musa Sheikh Fadzir, Dato' Azhar Ibrahim, Ir Sheikh Hussein Mydin, Ramlan Ishak, Fauzi Sharif dan ramai lagi kerana telah membantu MiM memperkasakan pasukan siber Pulau Pinang yang sedia ada.

Tidak dilupakan ialah FB Cop Hornet.

Now, it is back to war ! - Dr MiM

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.