HOT : AZMIN PEROLEHI KEKAYAANNYA DENGAN CARA YANG HALAL....??


Sejak pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai kekayaan luar biasa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isteri, Azmin terus mengambil sikap membisu dan mengelak daripada mengulas dakwaan tersebut.
Pelbagai dokumen yang disebarkan termasuk tiga keping dokumen saham kepunyaan Shamsidar di tiga buah syarikat pelaburan Multi Purpose, FEHS dan Kemayan Oil Palm adalah antara beberapa bukti yang menunjukkan Azmin dan Shamsidar mempunyai kemewahan luar biasa walaupun ketika itu Azmin yang merupakan Setiausaha Sulit Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan Malaysia ketika itu) dengan pendapatan hanya sekitar RM3, 000 sebulan.
Menurut bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang juga bekas teman rapat Azmin, ini adalah masa paling tepat dan sesuai untuk Timbalan Presiden PKR itu brsuara membuktikan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.
“Sebelum ini dia begitu lantang menuduh orang itu, orang ini, parti itu, parti ini rasuah dan tidak bersih. Jadi, apabila terkena batang hidung sendiri, Azmin tidak boleh terus berdiam diri dan perlu membuktikan bahawa dia bersih dan tidak mengamalkan rasuah.
“Sekiranya dia berus membisu, ini ibarat satu ‘petanda’ seperti ada yang tidak kena,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.
Menurut Rahimi, rakyat amat jelas dengan sikap pembangkang termasuk Azmin, sekiranya mereka mempunyai bukti terhadap sebarang tuduhan yang dilemparkan, mereka adalah orang pertama yang akan bersuara lantang dan menyaman siapa sahaja.
Namun jelas beliau lagi apabila bukti dan tuduhan terhadap kekayaan luar biasa dirinya didedahkan, Azmin terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan saman.
“Tindak tanduk Azmin ini jelas sama seperti tindak tanduk Anwar berkaitan isu jam omega.  Saya tak cakap dia memang salah tapi tindak tanduk Azmin seakan dia bersalah. Seperti tuduhan yang dilemparkan mungkin benar. Sebab itu dia hanya berdiam diri dan membiarkan perkara ini sunyi sendiri. Nasihat saya kepada Azmin selaku orang yang pernah rapat dengannya, keluarlah dari terus menyorok. Kemukakan sebarang bukti bahawa dia difitnah.
“Pesan saya kepada ahli dan penyokong pakatan pembangkang pula, jangan terus menyokong dan menjadi pengikut buta tuli. Siasat dan nilailah orang yang anda sokong,” katanya.
Tambah Rahimi, beliau sendiri tidak sedikitpun berasa hairan apabila pendedahan seperti ini dibuat kerana sepanjang mengenali Azmin, kehidupan Azmin sejak dahulu boleh dikatakan memang mewah.
“Azmin tidak pernah mempunyai masalah kewangan malah tidak peduli sekiranya perniagaan yang dijalankannya tidak berjaya.
“Saya tidak pernah nampak Azmin hidup susah. Tidak seperti Ezam…  Ezam dahulu memang susah. Kita boleh lihat dia tidak mewah. Tapi berbeza dengan Azmin. Jadi, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini tidak membuatkan saya terperanjat. Saya tahu macamana Azmin berbelanja,” tambahnya lagi.
Raja Petra Kamaruddin sebelum ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen yang diperolehinya menerusi seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai jutaan ringgit dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek. – MediaUMNO
HOT : AZMIN PEROLEHI KEKAYAANNYA DENGAN CARA YANG HALAL....?? HOT : AZMIN PEROLEHI KEKAYAANNYA DENGAN CARA YANG HALAL....?? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:30 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.