HOT : ANWAR TERUS TENSION BILA DAPAT TAHU PERKARA INI....


Senator Amerika Syarikat John McCain berkata beliau mengadakan perjumpaan "yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".
"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.
Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012, yang dilancarkan Najib.
Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.
Kedua-dua senator itu berkata mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.
"Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini," McCain memberi persidangan akhbar bersama dengan Lieberman. - BERNAMA
HOT : ANWAR TERUS TENSION BILA DAPAT TAHU PERKARA INI.... HOT : ANWAR TERUS TENSION BILA DAPAT TAHU PERKARA INI.... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:45 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.