HOT : ANWAR BENGANG BILA SENJATA TERAKHIRNYA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI KANTOI...


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihak keselamatan akan melakukan segala yang terdaya mengikut undang undang, demi memelihara keselamatan awam di negara ini sebelum dan selepas Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, andai ada pihak yang bertindak mencetuskan huru-hara ketika negara menghadapi pilihan raya umum, polis akan memastikan ketenteraman awam terjaga, sekalipun ketika itu negara hanya ditadbir kerajaan sementara.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.  

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang.

 Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata terdapat kumpulan tertentu yang sanggup menggadaikan kesemuanya termasuk bangsa dan agama serta kedudukan tanah air dalam mengejar cita-cita mereka. - Bernama
HOT : ANWAR BENGANG BILA SENJATA TERAKHIRNYA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI KANTOI... HOT : ANWAR BENGANG BILA SENJATA TERAKHIRNYA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI KANTOI... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. kalau mereka berani menimbulkn huru hara,saya sanggup menentang mereka.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali aku dengar Menteri KDN ini bernada keras!! tapi nada tetap "AMARAN" "AMARAN" "AMARAN" ISA dah ko Bro!!!!!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.