Tuesday, June 5, 2012


Baru-baru ini, industri perfileman tempatan telah timbul kontroversi apabila filem terbaru arahan Osman Ali “Jiwa Taiko” yang bakal ditayangkan memaparkan beberapa adegan ‘berahi’ yang membabitkan Bront Palarae dan Nadiya Nisaa didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu.

Menurut laporan daripada KL Pos, Bront Palarae telah tampil untuk memberi penjelasan dan memohon maaf kepada masyarakat berhubung isu tersebut yang dilihat kian menjadi bualan hangat dikalangan ramai. Bront memberitahu bahawa adegan itu tidak diperlakukan secara realiti, tetapi dengan menggunakan teknik ‘camera trick’.

Jelasnya lagi, dia sebenarnya dia tidak bersentuhan secara berlebihan pun dengan Nadiya Nisaa seperti yang dapat dilihat dalam adegan tersebut. Dengan menggunakan teknik kamera yang berkesan, aktor berusia 33 tahun ini berkata babak tersebut nampak lebih realistik.

Sementara itu, pelakon yang berasal dari utara tanah air, Kedah ini turut berkongsi pengalaman paling mencabar sepanjang penggambaran filem “Jiwa Taiko” iaitu dimana dia dan Remy Ishak bertarung dengan menggunakan parang sebenar.

“Abang Osman agak teruja bila nampak parang berlaga dan menghasilkan percikkan api, jadi dia meminta kami untuk memberikan lebih lagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bront yang akan tampil dengan filem terbarunya “Jiwa Taiko” pada 14 Jun ini, akan turut bakal muncul dalam filem arahan Namron iaitu “Psiko”.

4 comments:

YB Raz said...

org melayu je kena jaga..tapi bangsa asing terus pijak hina orang melayu..bosan aku benda camni

KELISA DURI said...

Kenapa lah agak nye semua org melayu yg kena jager... org lain tak payah...... Nameewee boleh ckp sesuka hati boleh lagi jumpa menteri...Karpal sing kata lah aper pun tak ader hal.... Koh meng / tony phua/ lim guaneng boleh ajer kater aper 2 tak sakit pun.....

Anonymous said...

pelakon Melayu tu sendiri tak rasa bersalah ke?

Banyak filem2 Mat salleh dan Hindustan tanpa aksi2 seks dan berahi mampu kaut jutaan ringgit.

Anonymous said...

ARTIS2 MALAYSIA MAHU KEJAR NAMA TAK BERTEMPAT,SEHINNGAKAN PAKAIAN MENJOLOK MATA DAN ADA YG KELUAR BIJI MATA...MINTAK LAH PD MENTERI2 YG BERKENAAN TOLONG BUAT UNDANG2 KITA NI ORG MELAYU KE ATAU ORANG ISLAM...FIKIR2KAN LAH.PADA ARTIA2 TU,SUDAH2 LAH,,,INGAT2LAH..!!!!!SYA BKN NAK BZE,TP NASIHAT UTK SEAGAMA..AMPUN DAN MAAF KLU TERRASA.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.