Monday, May 7, 2012


Sebelum ini Azmin ada mengeluarkan kenyataan menyalahkan UMNO kerana menggangu ibunya dan mengheret keluarganya ke dalam kancah politik...
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya dan pada masa yang sama meminta Umno supaya tidak mengheret keluarganya, khususnya ibu beliau ke dalam kancah politik.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
Sehubungan itu, Azmin meminta media supaya tidak mengganggu ibu beliau dan Umno "janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik."


Dan ini pula kenyataan balas Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengenai tuduhan yang dibuat oleh Azmin Ali..
“Saya selalu sebut kalau ada sebuah basikal pancit dalam Gua Niah dalam hutan belantara di negeri Sarawak yang tidak ada UMNO pun UMNO juga yang dituduh pancitkan basikal itu… manalah logiknya jika segalanya UMNO…
“Kalau ada hubungan kita dengan seorang wanita, UMNO ada kuasa, kalau hubungan kita dengan seorang lelaki, UMNO juga ada kuasa, kalau hubungan kita dengan ibu sendiri UMNO juga ada kuasa untuk mempengaruhi.. saya kira UMNO ini parti yang terlalu amat keramat.
“..saya harap dia (Azmin Ali) sedar diri… kalau dia silap mengaku sajalah dan mohon maaf … janganlah nak tegakkan benang basah dan tuding jari kepada semua orang kecuali diri sendiri”, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online di sini sebagai mengulas tuduhan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mendakwa kononnya luahan ibunya Cik Tom Yahaya yang hatinya hancur luluh akibat perbuatan Azmin adalah angkara politik UMNO.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya menegaskan   bahawa UMNO tidak berada di belakang ibunya dalam isu tersebut.
“Dia tidak bersama ibunya, tak balik lihat ibunya dan apa yang diluahkan ibu Azmin itu bukan skrip UMNO… UMNO tak tulis skrip untuk ibunya.. itu adalah luahan hati seorang ibu terhadap anaknya yang luluh hancur atas perbuatan anaknya…. anaknya pula adalah orangg nombor dua  PKR, bukan orang sebarangan, orang kanan ketua pembangkang, orang yang bercakap macam-macam dalam semua tempat di pelbagai tempat dan arena pentas…
“Azmin kena sedar diri.. tidak semua perkara yang berlaku UMNO ada kuasa untuk mempengaruhi… dalam hal ini apa yang nak disebut ibunya, dia sebutlah.. itu bukan luahan hati sesiapa.. itu luahan  hatiibu kandungnya sendiri”, ujarnya.
Sambil menyatakan perasaan sedih dan tersentuh melihat perkara tersebut, Ahmad Maslan seterusnya  menasihatkan Azmin bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, rakyat akan melihat pelbagai sudut.
“Hubungan kita bukan hanya setakat orang ramai tapi hubungan kita kepada ibu dan ayah kita… barulah kita boleh jadi contoh kepada orang lain, barulah kita boleh berada di pentas-pentas tanpa ada perkara yang menyakitkan hati orang yang rapat kepada kita”, katanya.
Tegas beliau lagi UMNO tidak sehebat seperti dakwaan untuk mempengaruhi segala-galanya walaupun UMNO sudah berumur 66 tahun tapi bukan kerja UMNO untuk membuat segala perkara fitnah tersebut.
“.. itu kerja mereka sendirilah..yang akhirnya terdedah.  Saya harap dia sedar diri… kalau dia silap mengaku sajalah dan mohon maaf.  Tidak lengkap jadi pemimpin kalau kita sendiri tidak hormati, sayang ibu kita”, ujarnya. -MediaUMNO

1 comments:

Anonymous said...

ingatlah..satu jari menuding kepada orang lain tiga lagi menghala kepada diri sendiri. renung2kan...sesungguhnya janji Allah itu benar.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.