VIDEO HOT : ANWAR KANTOI LAGI...



Cuba lihat video diatas...Inilah sikap Anwar Ibrahim...Bila kantoi tak dapat jawab soalan yang diajukan oleh wartawan..mula la marah.. dan salahkan orang lain..kononnya nak alihkan perhatian supaya tak perlu nak menjawab soalan yang diajukan tadi....itu belum lagi tanya dimana jam omeganya...silap-silap wartawan tu boleh kena pukul di situ...



AgendaDaily - Anwar Ibrahim sering menonjolkan dirinya di pentas antarabangsa sebagai pejuang hebat Malaysia, yang sering mendesak untuk perubahan terhadap rejim yang dianggapnya bersikap kuku besi dan enggan memenuhi kehendak rakyat.
Selepas Bersih 2.0 tahun lepas, lagaknya sebagai mangsa begitu meyakinkan, menggerakkan rakan-rakannya dalam media asing untuk menyerang kerajaan kerana mengambil “tindakan kejam” terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.
Tetapi selepas peranannya dipersoalkan dalam Bersih 3.0, bintang Anwar kelihatan suram. Sebenarnya, banyak hal yang jauh meleset — jauh daripada usaha menggembar-gemburkan beliau sebagai seorang demokrat — ramai yang kini menuduh Anwar menghasut supaya timbul keganasan.
Rakaman video daripada Bersih 3.0 yag dimuat turun dalam YouTube menunjukkan Anwar membuat isyarat tangan kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Dalam tempoh beberapa saat, penyokong PKR merempuh halangan yang diletakkan polis dan meluru ke Dataran Merdeka, mendorong polis untuk membalas dengan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air untuk mencegah rempuhan.
Dalam temu bual dengan Radio Australia pada Selasa, Anwar menafikan bahawa isyarat tangannya merupakan satu tanda kepada penunjuk perasaan untuk melanggar halangan sebaliknya mendakwa maksudnya tidak masuk akal, “berunding dengan polis”.
Orang ramai akan membuat keputuan mereka sendiri mengenai apa yang benar tetapi setakat ini hanya beberapa kerat sahaja pemerhati luar yang nampak yakin.
“Tuan Anwar perlu membuat banyak penjelasan”, itu merupakan keputusan The Economist – dan, di Malaysia, peranan Anwar dalam Bersih 3.0 terus dikritik daripada pelbagai spektrum politik.
Pada satu sidang akhbar PKR Isnin lepas, pengeluar filem bebas Benji Lim menuduh Anwar membahayakan nyawa para penunjuk perasaan selain menjejaskan matlamat Bersih. Tunjuk perasaan itu ” dirampas sepenuhnya oleh pembangkang” katanya sebelum dibawa keluar dari bilik persidangan itu.
Malah ketua penganjur Bersih 3.0 Ambiga Sreenevasan yang mengeluh kerana Bersih dipolitikkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, memberitahu wartawan bahawa beliau “tidak dapat kawal apa yang dikata mereka”.
Bernama melaporkan Anwar menolak sebarang kritikan mengenai tingkah lakunya. Sebaliknya, pada sidang akhbar itu, beliau menyerang kerajaan dengan menuduh pemimpin Barisan Nasional berkelakuan seperti Stalin dan Hitler.
Beliau sebaliknya mencadangkan nasibnya adalah menyamai mangsa kem pengasingan Nazi – satu dakwaan yang amat dahsyat kerana beliau bercakap tepat pada hari ulang tahun kematian Hitler.
Episod ini, pada apa sahaja cara, juga menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai Anwar sendiri dan rakan pembangkang yang menjadi sekutunya.
Bolehkah seseorang yang “merampas” satu perhimpunan aman untuk kepentingan politik mereka, layak untuk memimpin sebuah negara dengan penduduk 28 juta orang?
Adakah mereka mempunyai kepimpinan yang mantap dan berhemat yang diperlukan untuk membawa kepada perkembangan ekonomi negara kita?
Bagi mereka yang mengenali ahli politik pembangkang secara rapat, katakan mengenai perkara ini mengenai apa yang berlaku pada 28 April itu tidak mengejutkan.
Kali ini, ahli politik pembangkang ditangkap dalam rakaman filem, yang akan menjadi saksi atas tindakan-tindakan mereka.
Pemerhati politik berkata Anwar kerap dilihat mengamalkan “politik isyarat tangan”, yang hanya hebat pada pandangan ramai tetapi tidak dapat menawarkan apa yang sepatutnya menjadi keperluan pengundi terutama berhubung hala tuju yang jelas mengenai transformasi.
Akhirnya, ramai orang akan berkata, “politik isyarat tangan” Anwar nampaknya memakan diri. Jangan terkejut melihat beliau menghabiskan masa sepanjang minggu dan bulan akan datang bagi menjelaskan apa sebenarnya maksud isyarat tangan pada perhimpunan itu.



VIDEO HOT : ANWAR KANTOI LAGI... VIDEO HOT : ANWAR KANTOI LAGI... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:01 PM Rating: 5

3 comments:

  1. satu kes ni dalam 28 juta rakyat malaysia..
    dahsyat guna gambar tu, tapi isi sama ada lain atau tidak kena mengena..

    www.kasihsalina.com

    ReplyDelete
  2. Fitnah merata-rata sudah...


    http://tinyurl.com/pastibest

    ReplyDelete
  3. aku respect benjy lim ni ... tp hindu sekoq tu plak blagak samseng nak gaduh ... bodoh punya keling !

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.