Saturday, May 12, 2012

Luahan ibu Timbalan Presiden PKR, Che Tom Yahaya, 78 tahun baru-baru ini menimbulkan sentimen yang memilukan dalam konteks hubungan kekeluargaan masyarakat Melayu.
“Selama hari ini, saya mendiamkan diri..dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 20 Ogos 2011..hari raya, 1 Syawal..semenjak itu, hingga ke hari ini, dia tak ada telefon, tak ada tanya khabar dan tak datang tengok saya”
Katanya, walaupun dirinya terlantar sakit di hospital, namun anaknya, Azmin tidak datang menziarahinya, apatah lagi menghulurkan wang kepadanya.
“Macam mana dia buat parti Keadilan..di mana terletaknya keadilan itu..dengan orang lain, dia boleh ambil berat…dengan ibu dia sendiri yang kandungkan dia..dia buat macam ni..Itulah yang hancur hati saya sekarang ni,” katanya sambil menangis kerana tidak tahan menanggung sebak.
Azmin tidak terus menjawab rintihan ibunya itu. Dia mengambil masa dua hari untuk memberi jawapan, walaupun berita itu sudah menjadi tajuk utama media massa sejak 5 Mei.
Leave my mum alone, Azmin tells Umno“, begitulah tajuk Malaysiakini dalam melaporkan jawapan Azmin yang menyalahkan media-media UMNO untuk menutup isu sebenar, bahawa beliau tidak menziarahi ibunya.
“Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Laman suarapakatanrakyat melihat kenyataan Wan Azizah itu sengaja memperli Azmin rentetan dari sejarah lama sejak dari tahun 1998.
Mstar melaporkan sejak kes 1998, Azmin sekeluarga tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah ibunya selama 9 tahun.
Pada Syawal 2009, barulah Azmin terbuka hati untuk menjenguk semula ibunya.
Namun itu hanya berlaku dua kali Syawal sahaja kerana pada 1 Syawal 2011, kehadiran Azmin bertembung dengan adiknya, Ummi Hafilda yang menyebabkan Azmin mula dilihat mahu kembali kepada perangai asal.
“Masalah YB Azmi Ali ni mula dah lama dah sejak tahun 1997..bahkan sesetengah (berpendapat) bermula 1992..kalau tak salah saya.
“Apa sebab masalah itu, terus timbul..terus timbul..dan timbul masalah baru..kerana kita tidak penjelasan yang memuaskan hati semua orang”, kata Presiden JATI, Dato’ Dr. Hasan Mohamad Ali.
AIDCNews menghubungi Ummi Hafilda untuk mendapatkan cerita sebenar berkaitan dengan sidang media ibunya itu.
Sambil menafikan dipengaruhi oleh dirinya, Ummi Hafilda berkata penglibatan Azmin dalam BERSIH 3.0 dan penyebaran foto skandal lelaki mirip Azmin merupakan faktor pendorong ibunya mahu muncul di media massa.
“Selepas mak tahu Azmin terlibat dalam BERSIH 3.0, mak sudah beristifar dan berkata mak tidak ajar anaknya berbuat seperti ini.
“Apabila foto-foto itu mula tersebar, kami adik beradik, saya, kak long, kak lang berusaha menyembunyikan dari pengetahuan mak, kerana kami tahu mak sakit-sakit.
“Namun, ketika mak beli ikan, penjual ikan memberitahu mak berkenaan skandal Azmin sudah keluar muka depan Utusan. Mak saya sudah lama tidak baca akhbar, jadi dia tidak tahu berita itu, jadi dia suruh penjual ikan itu membeli akhbar Utusan kepadanya”, kata Ummi Hafilda.
Kemudian, setelah Mak Tom melihat foto-foto dan membaca akhbar Utusan itu, ibu Azmin pun meraung sambil berkata, “Kenapa tak ambil sahaja nyawaku ini..”
Selepas itu, Mak Tom meminta pertolongan Ummi Hafilda agar memanggil media kerana beliau mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan malu dengan sikap anaknya itu.
Mak Tom dalam sidang medianya baru-baru ini mengakui kelakuan anaknya sudah berubah sejak ‘berkeluargakan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dulu Azmin baik, dia ingat ibu bapa…dia sayang adik beradik..kalau dia pergi luar negeri..ada saja buah tangan, bawa balik bagi dengan saya, tapi sekarang ini tidak..saya sakit bagitahu pun tak ada jawapan..
“Mungkin Anwar lah agaknya..dulu dia tidak jadi macam ni..sekarang kakak dia pun. dia tak mengaku kakak..adik dia pun..dia tak mengaku adik..dua-dua kakak dia, dia tidak bertegur sapa..
“Azmin..sedarlah diri tu..SETERUSNYA

5 comments:

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

Anonymous said...

Kesian, sebagai orang Islam aku doakan Mak Tom dapat kembali anak dia dan tinggalkan syaitan bertopeng manusia.

Anonymous said...

Insaflah segera. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Derhaka bermakna tak mencium bau syurga. Kesian akua tengok. Sepatutnya, kekayaan yang dimiliki sekarang ni patut diberikan kepada ibu yang bersusah payah mengandungkana 9 bulan 9 hari. Ini bila sedap jumpa insteri, bila dah sakit baru ingat ibu.... piiirraaahhhhhhh

hangkedee said...

Muhasabah diri sendiri.kini ibu ku sudah pergi selama lamanya kadang kadang terasa amat amat rindu kepadanya apakan daya dia telah pergi tak kembali,hanya doa mengiringinya semoga di cucuri rohnya di sana.amin.Hidup di sana kekal abadi.

Anonymous said...

bila ibu sudah tiada nilai dimata seorang anak,seribu alasan akan diberi utk menutup kelemahan diri.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.