TEKAD TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG AKIBAT DITINGGALKAN KEKASIH...


Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. “Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.” 

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta. 

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. -Metro
TEKAD TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG AKIBAT DITINGGALKAN KEKASIH... TEKAD TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG AKIBAT DITINGGALKAN KEKASIH... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:32 AM Rating: 5

1 comment:

  1. kalau aku confirm suh dia terjun cepat sebab jalan mesti jammed...

    aku nelayan part time penah jumpa mayat yg terapung kat area jambatan...

    bau bangkai sampai nak muntah...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.