Thursday, May 17, 2012


Pendedahan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor tentang cubaan bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha masuk semula UMNO selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, tentunya berita yang tidak mengembirakan Ketua Umum PKR buat masa sekarang.
Tentunya pendedahan sebegini dari bekas anak didik politiknya sendiri akan memancarkan sikap pengamalan politik negatif Anwar, iaitu politik menghalalkan cara, politik dua alam yakni depan lain, belakang lain.
Di satu pihak, Anwar memberitahu para penyokongnya supaya berkerja keras mengadu domba membenci UMNO untuk masuk ke Putrajaya, tetapi di satu pihak lain, Anwar memberitahu inner circlenya untuk menyusun strategi bagi membolehkannya memasuki UMNO untuk menawan Putrajaya.
Ezam dalam ceramah TIBAI di Taman Pinggiran, Gombak, 10 Mei mendedahkan Anwar kini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).
Masuk UMNO
Kemudian dalam ceramah TIBAI di Kampung Pasir Tambahan, Ampang, Selangor, 12 Mei, Ezam terus mengasak Anwar dengan mendedahkan Ketua Umum PKR itu pernah merayu kepada bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.

Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM.
Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas PM tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini.
“Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.
“Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu PM kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan,” katanya.
Dalam pendedahan itu, Ezam juga turut mendedahkan, pernah membawa seorang rakan ulama Pak Lah dari Pesantren Sunan Drajat, Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.
“Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiai berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.
“Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai terbabit,” katanya. SETERUSNYA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.